Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Khamis 17/04/2014

JEMPUTAN DAN HEBAHAN LIPUTAN SEMPENA SIMPOSIUM KEBANGSAAN ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 2014

Universiti Pendidikan Sultan Idris akan mengadakan Simposium Kebangsaan Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak 2014 pada 26 April 2014 yang bertemakan ‘Anak Kita Wajah Kita’.

Simposium ini akan dirasmikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Sri Abi Musa Asaari bin Mohamed Nor pada pukul 9.30 pagi di Kompleks NCDRC, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.

Hari/Tarikh : Sabtu 26 April 2014

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Kompleks NCDRC, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City

Simposium diadakan untuk dijadikan landasan (platform) percambahan idea, ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam memantapkan kualiti pengendalian dan pelaksanaan amalan serta didikan awal kanak-kanak di negara ini. Simposium ini juga akan membincangkan isu-isu utama berkaitan peranan ibu bapa dalam melestarikan asuhan dan didikan awal kanak-kanak dan memberi peluang kepada ibu bapa untuk memperoleh pengetahuan, idea baharu serta perspektif terkini mengenai asuhan dan didikan awal kanak-kanak. Antara aktiviti yang disediakan untuk kanak-kanak termasuklah Fun Jumbo Games, Recycle Me Back, Puzzle Me Up, Photo Booth, Badut dan Face Painting, Teaching Materials Showcase, Puppet Show, SIG, Talent Identification dan Treasure Hunt, Kinect, Little Chef, Little Artist dan Little Scientist. Orang ramai dijemput hadir.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan dan hebahan simposium ini.


SUMBER : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Urusetia Simposium
Nama : Pn. Naida Hazni
Tel : 015 48117133

Nama : Pn Ruzaimah
Tel : 015 48117135


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.