|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 18/04/2014
PROMOSI KERJA KAHWIN 2014
Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengadakan Promosi Kerja Kahwin 2014 pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : 24 April – 5 Mei 2014 (12 hari)
Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.
Untuk makluman, Promosi kali ini melibatkan penyertaan seramai 280 usahawan kraf dan perkhidmatan perkahwinan dari seluruh Malaysia. Penganjuran kali ke-9 ini turut dimeriahkan dengan beberapa acara menarik seperti :
- Pameran Produk Kraf (Pameran Produk Baru Perkahwinan & Pameran Kraf Warisan Perkahwinan)
- Demonstrasi dan Interaktif Kraf (Demonstrasi Produk Kraf Perkahwinan, Masakan Kuih Tradisional dalam Perkahwinan)
- Peragaan Fesyen : Seni Tekstil Pesona Perkahwinan
- Kenduri Kendara Perkahwinan
- Bengkel Kreatif
- Pertandingan Seni Perkahwinan Malaysia
SUMBER : KRAFTANGAN MALAYSIA
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi mebuat liputan program tersebut.
SUMBER : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Urus Setia Promosi Kerja Kahwin 2014
Tel : 03 - 2162 7533
Talian untuk pertanyaan dari pihak media :
Tel : 03 - 2161 3793
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|