Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Jumaat 18/04/2014

LIPUTAN PROGRAM SANTAI BIKERS BERSAMA ASNAF

Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) akan menganjurkan Program Santai Bikers Bersama Asnaf pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Ahad 27 April 2014 / 27 Jamadil Akhir 1435H

Masa : 8.30 pagi hingga 2.00 petang

Tempat : PPR Intan Baiduri, 52100 Kepong, Kuala Lumpur


Program:

8.45 pagi : Tiba di PPR Intan Baiduri Kepong
Ucapan selamat datang dari wakil penduduk dan taklimat ringkas wakil PPZ dan Baitulmal

9.30 pagi : Santai Bersama Selebriti ( Umum )
Panel 1 - Ustaz Harryanto Rizal
Panel 2 - Ustaz Muhammad Ibrahim ( Ust Mad Cina )
Panel 3 - Saudara Ali XPDC

10.30 pagi : Slot Motivasi
(Untuk anak-anak dan Remaja) -Lokasi di Surau ,Lokasi Dataran Permainan
- Pameran Motorsikal berkuasa tinggi
- Demo pertunjukan "Safety Riding"
- Aktiviti pertunjukan dan pengenalan memanah
- Taklimat Baitulmal
- Pemeriksaan kesihatan
- Acara mewarna bagi Kanak-kanak

12.30 tgh : Ucapan Penutup

: Penyampaian hadiah dan Cenderahati

: Makan tengahari dan persiapan solat Zohor

1.30 ptg : Solat Zohor berjemaah, sesi bergambar dan bersurai.


Objektif program santai ini diadakan adalah untuk menampakkan usaha dan kredibiliti PPZ-MAIWP dan Baitulmal sebagai sebuah organisasi yang prihatin terhadap masyarakat. Malah program ini juga merupakan satu medium dalam memberi maklumat dan pendedahan berkaitan zakat serta peranan PPZ-MAIWP dan Baitulmal kepada orang ramai dalam membina hubungan antara PPZ-MAIWP, Baitulmal, pembayar zakat dan asnaf.

Program ini juga julung-julung kalinya melibatkan penunggang- penunggang motosikal berkuasa tinggi. Antara selebriti yang turut menjayakan program ini adalah Ali XPDC dan Ustaz Harryanto Rizal Lokman. Turut hadir adalah Tuan Haji Mohd Rais Hj Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP yang akan merasmikan program ini.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER: Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En. Amiro Faizal
Tel : 018-2617856

Nama : Nor Mukshar Harun
Tel : 019-3861820

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.