Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Jumaat 18/04/2014

IIM: SIDANG MEDIA PENGUMUMAN BERKAITAN MAJLIS PENYERAHAN DAN PERBENTANGAN LAPORAN TEKAD INTEGRITI (2009-2013)

Institut Integriti Malaysia (IIM) akan menganjurkan Majlis Penyerahan dan Perbentangan Laporan Tekad Integriti kepada Y.B. Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 29 April 2014 (Selasa). Laporan Tekad Integriti merupakan laporan kedua yang diterbitkan IIM yang akan diserahkan kepada kerajaan Malaysia bertujuan menilai kedudukan atau tahap integriti negara dari tahun 2009-2013.

Pihak IIM ingin menjemput editor / wakil media ke Sidang Media Pengumuman Berkaitan Majlis Penyerahan dan Perbentangan Laporan Tekad Integriti yang akan berlangsung seperti berikut:

Hari/Tarikh : Isnin 21 April 2014

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Aras 1, Menara Integriti,
Institut Integriti Malaysia,
Persiaran Duta Off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur

Turut akan menghadiri pada majlis tersebut adalah YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Pengerusi IIM merangkap Ketua Setiausaha Negara.

Oleh yang demikian, IIM akan mengadakan satu sidang media bagi menguar-uarkan dan memberi input ringkasan Laporan Tekad Integriti kepada pihak media.

YBhg. Datuk Dr. Mohd Tap Salleh, Presiden IIM akan memberi ringkasan dan gambaran berkaitan Majlis Penyerahan dan Perbentangan Laporan Tekad Integriti yang akan berlangsung pada 29 April 2014.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan acara ini.

SUMBER: Institut Integriti Malaysia (IIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : Rajesh Krishnan
Ketua Penolong Pengarah Unit Korporat & Penyelarasan
TEL : 03-6209 2015 / 016-396 5318
FAKS : 03-6209 2017
EMEL : rajesh@iim.org.my

NAMA : Norsheeda Din, Unit Korporat & Penyelarasan
TEL : 03-6209 2013 / 017-200 9097
FAKS : 03-6209 2017
EMEL : sheeda@iim.org.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.