Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Isnin 21/04/2014

HEBAHAN PROMOSI KRAF MALAYSIA 2014 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Promosi Kraf Malaysia di Pusat Membeli Belah Mesra Mall, Kemaman, Terengganu seperti ketetapan yang berikut:

Hari/Tarikh : Isnin hingga Ahad 28 April hingga 4 Mei 2014 (7 Hari)

Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam

Tempat : Ruang Legar Pusat Membeli Belah Mesra Mall, Kemaman, Terengganu


Untuk makluman, Promosi Kraf Malaysia ini merupakan acara tahunan yang melibatkan penyertaan usahawan kraf tempatan dalam bidang kraf tekstil, hasil rimba, hasil tanah, logam dan aneka kraf.Turut diadakan Pameran Produk Kraf Baru dan Persembahan Kesenian.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan majlis ini dan menghebahkan Promosi Kraf Malaysia di Pusat Membeli Belah Mesra Mall ini kepada orang ramai.


SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793
Faks : 03-2161 3773

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu
Tel : 09-6171033/034
Faks : 09-6172381


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.