|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 22/04/2014
Kejohanan ‘FIRST LEGO League’ Malaysia 2014
Universiti UCSI menjemput rakan-rakan media untuk bersama-sama menyerikan "Kejohanan ‘FIRST LEGO League’ Malaysia 2014" pada ketetapan berikut.
Hari/Tarikh : Jumaat, Sabtu & Ahad 25, 26 & 27 April 2014
Masa : Sila rujuk program
Tempat : Dewan Tan Sri Ahmad Razali (DeTSAR), Tingkat 5, Blok C, Kampus Kuala Lumpur (South Wing), Universiti UCSI
(Alamat: No. 1, Jalan Menara Gading, UCSI Heights, Cheras 56000, Kuala Lumpur)
PROGRAM
Hari ke-1 Jumaat 25 April 2014
2:00–4:00pm : Team registration at DeTSAR Hall
4:00–5:00pm : Briefing (for judges and coaches)
Hari ke-2 Sabtu 26 April 2014
8:00 – 9:00am : Breakfast
9:00am – 1:00pm : Lego-building session (Round 1 & 2) at DeTSAR Hall
: Judging Session: Project, robot design and core values
1:00 – 2:00pm : Lunch
2:00 – 6:00pm : Continuation of Lego-building session (Round 1 & 2) at DeTSAR Hall
: Judging Session: Project, robot design and core values
Hari ke-3 Ahad 27 April 2014
8:00 – 9:00am : Breakfast
9:00am – 1:00pm : Lego-building session (Round 3) at DeTSAR Hall
: Judging Session: Project, robot design and core values
1:00 – 2:00pm : Lunch
2:00 – 5:00pm : Awards presentation and closing ceremony at DeTSAR Hall
Pengesahan kehadiran atau sebarang pertanyaan juga boleh diajukan kepada: En. Noor Faiz Zulkiflee (faiz@sasbadi.com)
Sasbadi Sdn. Bhd. selaku rakan penganjur FIRST (For Inspiration & Recognition of Science & Technology) akan menganjurkan Kejohanan FIRST LEGO League Malaysia 2014 (FLL) dengan tema "Nature’s Fury" pada 25 hingga 27 April 2014.
Dengan usaha sama Universiti UCSI sebagai penaja lokasi, kejohanan ini akan menyaksikan hampir 1,000 peserta dari seluruh negara bertanding untuk merebut kejuaraan dan peluang untuk mewakili Malaysia dalam Kejohanan FLL World Festival 2015 yang akan diadakan di St. Louis, Amerika Syarikat.
Bersempena dengan kejohanan ini juga, Universiti UCSI dengan kerjasama Sasbadi dan LEGO Education akan mengadakan satu pertandingan mini ‘Lego Like’. Terbuka kepada umum, para peserta dikehendaki untuk membina satu struktur kreatif dengan menggunakan set lego dalam masa 20 minit. Tiga penyertaan dengan jumlah ‘Like’ terbanyak di laman Facebook akan memenangi hadiah tajaan LEGO Education.
Majlis kemuncak kejohanan dan penyampaian hadiah (27 April 2014) akan disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Dr. Mohamad Khair Bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Antara tetamu-tetamu kehormat yang juga akan memeriahkan majlis ini adalah En. Law King Hui, Pengarah Urusan Sasbadi Sdn. Bhd. dan ketua-ketua akademik dari Universiti UCSI.
FLL merupakan sebuah program rekacipta dan pra-program robot LEGO peringkat antarabangsa untuk pelajar yang berusia dari 9 hingga 16 tahun dan telah diperkenalkan oleh FIRST dan LEGO Group pada tahun 1998. Pertandingan elit ini bertujuan untuk memupuk minat pelajar terhadap bidang sains, teknologi dan rekacipta disamping memberi pendedahan kepada mereka tentang pekerjaan yang bernilai tinggi dan kemahiran hidup.
Mengenai Universiti UCSI
Terbina bersulamkan kecemerlangan, keberanian, ketabahan dan integriti, Universiti UCSI adalah sebuah institusi pengajian tinggi dengan kampus utama yang terletak di Kuala Lumpur dan mempunyai cawangan strategik di Pantai Timur, Terengganu Darul Iman dan Sarawak Bumi Kenyalang, negeri terbesar di Malaysia. Sebagai institusi utama kumpulan konglomerat UCSI, Universiti UCSI yang mula bertapak pada tahun 1986 kini mempunyai 7 fakulti, sebuah pusat pendidikan Pra-Universiti dengan lebih 70 program dalam pelbagai bidang termasuk perubatan, farmasi, seni bina, sains komputer, seni budaya dan muzik. Mempunyai lebih 11,000 pelajar daripada lebih 80 negara antarabangsa pelbagai budaya, Universiti UCSI sangat komited dalam melahirkan graduan-graduan yang berkemahiran tinggi untuk berjaya di dalam kehidupan dan mempunyai keperibadian yang tinggi, bertanggungjawab, berkepimpinan dan berdisiplin. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Universiti UCSI di http://www.ucsiuniversity.edu.my.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Universiti UCSI
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En. Noor Faiz Zulkiflee
Emel : faiz@sasbadi.com
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|