Januari 23, 2026 -Jumaat

 
 
 

Khamis 24/04/2014

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA SEMINAR HAK WANITA ISLAM

Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ - MAIWP) dengan kerjasama PUSPANITA Kebangsaaan buat sekian kalinya akan bekerjasama akan menganjurkan Seminar Hak Wanita Islam pada ketetapan seperti berikut :

Hari/Tarikh : Rabu 30 April 2014 / 30 Jamadil Akhir 1435H

Masa : 7.30 pagi hingga 4.30 petang

Tempat : Dewan Sri Endon Puspanitapuri, Putrajaya

Objektif seminar ini diadakan adalah untuk memberikan pengetahuan dan pendedahan mengenai hak-hak wanita Islam dari segi harta sepencarian, harta pusaka dan hukum faraid. Malah seminar ini juga bertujuan memberi kesedaran mengenai tanggungjawab menunaikan zakat serta jenis-jenis dan pengiraan zakat juga mengenai faedah berzakat termasuk pengecualian cukai pendapatan. Turut hadir adalah Datuk Haji Che Mat Che Ali, Pengerusi PPZ-MAIWP dan Y.Bhg. Datin Sri Dato’ Rohani Abdullah, Yang DiPertua PUSPANITA.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Seminar Hak Wanita Islam tersebut.

SUMBER : Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Haliza Abd Rahman
Tel : 012-500 3547

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.