Januari 23, 2026 -Jumaat

 
 
 

Jumaat 25/04/2014

MAJLIS SIDANG MEDIA PROMOSI KRAF MALAYSIA 2014

Adalah dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu sedang mengadakan Promosi Kraf Malaysia 2014 mulai 25 April - 5 Mei 2014, dari pukul 9.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu, Sabah.

Promosi Kraf ini mengetengahkan kepelbagaian penggunaan produk kraf tempatan dalam kehidupan seharian dengan menampilkan aktiviti menarik seperti jualan produk kraf dalam pelbagai bidang, pendidikan kraf (bercorak pendidikan ‘Do It Yourself’), demonstrasi kraf dan persembahan kesenian.

Sehubungan itu, satu Majlis Sidang Media mengenai promosi ini akan diadakan pada tarikh seperti berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 30 April 2014

Masa : 3.00 petang

Tempat : Khemah Sidang Media, Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu

Bersama : Yang Berbahagia Datuk Abidin Madingkir
Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan acara ini.

SUMBER: Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia
TEL : 03-2161 3793 / 03-2162 7533
Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah
TEL : 088-433 461
www.kraftangan.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.