|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 28/04/2014
MAJLIS PERBENTANGAN DAN PENYERAHAN LAPORAN TEKAD INTEGRITI (2009-2013)
Institut Integriti Malaysia (IIM) akan menganjurkan Majlis Pembentangan dan Penyerahan Laporan Tekad Integriti (2009-2013) kepada Y.B. Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia.
Laporan Tekad Integriti (2009-2013) merangkumi pembangunan yang telah berlaku di negara ini dalam berkaitan isu-isu tadbir urus, integriti, rasuah, penyampaian perkhidmatan awam, institusi keluarga dan kualiti hidup dalam fasa kedua Pelan Integriti Nasional.
Pihak IIM menjemput editor / wakil media untuk ke Majlis Perbentangan dan Penyerahan Laporan Tekad Integriti (2009-2013) yang akan berlangsung seperti berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 29 April 2014
Masa : 7.30 – 8.30 pagi (Ketibaan dan minum pagi)
9.00 pagi ( Majlis bermula – rujuk lampiran)
Tempat : Auditorium, Aras 2, Menara Integriti,
Institut Integriti Malaysia,
Persiaran Duta Off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur
Y.B. Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama pada majlis tersebut.
Program:
MASA PERKARA
07.30 pagi: Ketibaan Peserta
: Sarapan Pagi
8.45 pagi : Para peserta mengambil tempat di Auditorium Integriti Aras 2
9.00 pagi : Forum Integriti :
Tema: “Merakyatkan Agenda Integriti” – Localizing Integrity Agenda
Moderator
1. YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. R.V. Navaratnam
Ahli Panel :
1. YBhg Datuk Johan Jaafar
(Chairman Media Prima Berhad)
“Social Environment and the Role of the Society”
2. Ambassador Nicolai Ruge
(Ambassador of Denmark)
“Sharing Experience: Citizen’s Involvement in
Anti-Coruppion Efforts and Instilling Integrity”
3. Wan Saiful Wan Jan
(Chief Executive of the Institute for Democracy and Economic
Affairs - IDEAS)
“A voice on Integrity from the future leaders-Gen Y”
11.05 pagi : Ketibaan YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
11.15 pagi : Pembentangan Laporan Tekad Integriti
“Sedekad Bersama Rakyat”
Oleh YBhg Datuk Dr. Mohd Tap Salleh
Presiden IIM
12.15 tengah hari: Penyerahan Laporan Tekad Integriti kepada YB Senator Datuk Paul
Low Seng Kuan
: Ucapan YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
: Jamuan Makan Tengah Hari
: Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan acara ini.
SUMBER: INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : Rajesh Krishnan
Ketua Penolong Pengarah Unit Korporat & Penyelarasan
TEL : 03-6209 2015/ 019-383 0061
FAKS : 03-6209 2017
EMEL : rajesh@iim.org.my
NAMA : Norsheeda Din
Unit Korporat & Penyelarasan
TEL : 03-6209 2013 / 017-200 9097
FAKS : 03-6209 2017 Emel: sheeda@iim.org.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|