Januari 23, 2026 -Jumaat

 
 
 

Selasa 06/05/2014

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA FUTSAL MESRA ZAKAT BERSAMA SYARIKAT-SYARIKAT DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Pertandingan Futsal Mesra Zakat Bersama Syarikat-syarikat di Wilayah Persekutuan sebanyak 32 buah pasukan dari 32 buah syarikat dengan lebih kurang 300 orang pemain pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 10 Mei 2014 / 10 Rejab 1435H

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Tempat : Center Mart Futsal, Setapak, Jalan Usahawan 3/23A, Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur

Perasmi : Tuan Hj Mohd Rais Hj Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP

Objektif kejohanan boling ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara PPZ-MAIWP dengan pembayar-pembayar zakat yang membuat potongan gaji secara bulanan menggunakan SKIM THOHIR. Antara objektif lain adalah dakwah secara santai bagi kakitangan syarikat yang masih belum membuat pemotongan gaji zakat secara bulanan (SKIM THOHIR) di samping mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Perasmian kejohanan ini bakal dilaksanakan oleh Tuan Hj Mohd Rais Hj Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan kejohanan futsal 2014 tersebut.

SUMBER: Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Haliza Abd Rahman
Tel : 012-5003547

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.