|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 06/05/2014
LIPUTAN SIDANG MEDIA SEMPENA TEKUN NASIONAL MEMENANGI ANUGERAH DI MOSCOW, RUSIA
Adalah dimaklumkan bahawa satu sesi Sidang Media Bersama YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani sempena TEKUN Nasional memenangi Anugerah Human Capital Development "TEKUN - The Young Graduate Entrepreneurship Development Program" oleh Association Of Development Financing Institutions In Asia And The Pacific ( ADFIAP ) sempena Persidangan Tahunan ADFIAP Yang Ke-37 di Moscow Rusia iaitu pada 24 April 2014. Di majlis yang sama, YBhg Datuk Haji Abdul Rahim Hassan, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional turut menerima Anugerah "Outstanding CEO Of The Year 2014". Butiran sidang media adalah seperti berikut:
Hari/Tarikh : Rabu 7 Mei 2014
Masa : 2.45 petang
Tempat : Bilik Media, Aras 7,
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
Presint 4, Putrajaya
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan sidang media ini.
SUMBER: Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Tel: 03-8870 1373/03-8870 1431
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|