|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 14/05/2014
PROMOSI KRAF MALAYSIA DI PUSAT BELI BELAH SURIA SABAH
Adalah dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia di Pusat Beli-belah Suria Sabah, Kota Kinabalu mulai 16 Mei – 1 Jun 2014, dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Aras Bawah, Pusat Beli-belah Suria Sabah, Kota Kinabalu.
Dengan penyertaan seramai 70 usahawan kraf dari pelbagai bidang , Promosi Kraf ini memberi peluang orang ramai mendekati aktiviti-aktiviti secara terus melalui jualan, demonstrasi, pameran, persembahan kesenian dan interaktif di dalam pusat beli-belah bersempena dengan sambutan Bulan Kaamatan Sabah.
Sehubungan itu, satu Majlis Sidang Media mengenai promosi ini akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Jumaat 16 Mei 2014
Masa : 2.45 petang
Tempat : Aras Bawah, Pusat Beli-belah Suria Sabah, Kota Kinabalu
Tetamu Kehormat: Yang Berbahagia Dato’ Mohd Kamil Mohd Ali
Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan acara ini.
SUMBER: Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia
TEL : 03-2161 3793 / 03-2162 7533
Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah
TEL : 088-433 461
www.kraftangan.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|