Januari 23, 2026 -Jumaat

 
 
 

Rabu 14/05/2014

MAJLIS PERASMIAN LAMANIAGA PERNAMA DI KEM MAHKOTA, KLUANG, JOHOR

Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA), organisasi milik penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang menjalankan perniagaan peruncitan kepada anggota tentera dan keluarga akan merasmikan cawangan kedainya yang dinaik taraf di Kem Mahkota, Kluang, Johor.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Y.M Jen Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor dan disaksikan oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Haji Zainal (B), Pengerusi PERNAMA pada ketetapan seperti berikut :

Hari/Tarikh : Isnin 19 Mei 2014

Masa : 10.15 pagi

Tempat : Lamaniaga PERNAMA, Kem Mahkota
Kluang, Johor

Turut hadir, Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Sheikh Mohsein Sheikh Hassan, Panglima 7 Briged, Brigadier Jeneral Ab Aziz Haji Abdullah, Pengurus Besar PERNAMA, Datuk Ab Wahab Khalil dan tetamu terdiri daripada wakil-wakil dari PERNAMA, wakil dari Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) dan pegawai-pegawai serta anggota daripada Kem Mahkota, Kluang.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan acara ini.

SUMBER: Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : Shahrina Maisarah Jaffar
TEL : 03 3341 0572
MOBILE : 019 666 4992
EMAIL : shahrina@pernama.com
WEBSITE : www.pernama.com

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.