Januari 23, 2026 -Jumaat

 
 
 

Khamis 15/05/2014

LIPUTAN MEDIA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT UPSI 2014

Adalah dimaklumkan Universiti Pendidikan Sultan Idris akan mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat UPSI 2014 pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Isnin 19 Mei 2014

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Dewan Besar, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Tema : “Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi”


PROGRAM

7.30 – 8.30 pagi : Ketibaan Pelajar dan Kakitangan
8.45 pagi : Ketibaan Pegawai Kanan
: Ketibaan Naib Canselor UPSI
8.50 pagi : Ketibaan Pro-Pro Canselor UPSI
9.00 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Ibu Kandung Suluh Budiman
: Persembahan pembukaan
: Alu-aluan Pengerusi Majlis
: Persembahan Selingan
: Penyampaian Anugerah
: Gimik Sambutan Hari Guru
: Bacaan Ikrar Hari Guru
: Doa Hari Guru
: Persembahan Sajak
: Nyanyian lagu ‘Guru Malaysia’
10.30 pagi : Majlis tamat dan bersurai


Objektif Sambutan Hari Guru Peringkat UPSI 2014 ialah untuk menerapkan semangat keguruan yang tinggi dalam diri bakal guru. Tiga anugerah akan diberikan kepada pelajar dan pensyarah yang menunjukkan perkhidmatan luar biasa dalam penyelidikan dan penerbitan serta pelajar yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Anugerah tersebut ialah Anugerah Tokoh Pendidik UPSI, Anugerah Pendidik Terbaik dan Anugerah Bakal Pendidik Cemerlang (Pelajar).

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Pn. Anizan Abd. Latif
Mobil: 013 392 6263

Nama : Dr. Nurul Ain Mohd Daud
Mobil: 019 657 0474

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.