|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 21/05/2014
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA PERBINCANGAN MEJA BULAT: TRANSFORMASI SISTEM PENDIDIKAN PONDOK MALAYSIA
Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Kluster Pendidikan Dan Pembangunan Modal Insan, Majlis Profesor Negara akan mengadakan Perbincangan Meja Bulat: Transformasi Sistem Pendidikan Pondok Malaysia pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 22 Mei 2014
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, Kampus Sultan Jalil Shah
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak
Perbincangan meja bulat ini diadakan bagi membincangkan transformasi sistem pendidikan pondok dalam konteks perkembangan pendidikan semasa negara. Perbincangan ini akan menjadi platform membincangkan kaedah meningkatkan penglibatan industri dalam penggubalan kurikulum dan latihan kemahiran bagi lepasan pondok yang lebih efektif.
Sehubungan dengan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan perbincangan tersebut.
SUMBER : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En. Muhammad Tarmizi b. Abdul Rahman (Urus setia)
Tel : 05 450 6869
-BERNAMA |
|
|
|
|
|