Januari 23, 2026 -Jumaat

 
 
 

Jumaat 23/05/2014

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN WAKAF SELANGOR MUAMALAT KEPADA SEKOLAH RENDAH ISLAM (SERI) AL-HUDA DAN PERSATUAN INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN SELANGOR (PITAS)

Wakaf Selangor Muamalat akan memberi sumbangan berupa dana sebanyak RM498,000 untuk pembinaan Komplek Pendidikan Integratif, Sekolah Rendah Islam (SERI) Al-Huda dan sebuah van kepada Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran, Negeri Selangor. Masing-masing akan menerima sumbangan tersebut daripada Y.Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abd Rahman Arshad, Pengerusi Wakaf Selangor Muamalat.

Wakaf Selangor Muamalat, satu lagi perkhidmatan Bank Muamalat yang direka khas untuk memberi kemudahan kepada pelanggannya dan orang awam, adalah usahasama yang strategik di antara Bank Muamalat dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). Bank Muamalat melalui rangkaian cawangannya yang luas di negara ini akan mengumpul dan menguruskan dana waqaf bersama-sama dengan PWS.

Majlis Penyerahan akan di adakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 28 Mei 2014

Masa : 4.00 ptg

Tempat : Komplek Pendidikan Islam Seri Al-Huda,
Lot 1749-4, KM 11, Jalan Gombak,
Kuala Lumpur

Peta Lokasi:

Sekolah Rendah Islam Al-huda (Abim)
Lot 1769-4 Jalan Gombak, Km 11, Gombak Utara, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Table

Program:

4.00 ptg : Ketibaan Para Jemputan
4.05 ptg : Ketibaan YBhg Dato’ Hj Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Muamalat Malaysia Berhad
: Ketibaan YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat
4.15 ptg : Bacaan Doa
4.20 ptg : Ucapan oleh Dr Amran bin Muhammad, Pengerusi Lembaga Pengelola SERI Al-Huda
4.25 ptg : Ucapan oleh Ustaz Asri bin Lateh, Pengerusi PITAS
4.30 ptg : Ucapan YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad
4.35 ptg : Penyampaian Simbolik Sumbangan
4.40 ptg : Melawat Sekolah dan Kenderaan
5.00 ptg : Jamuan Makan
: Sidang Akhbar
: Majlis Bersurai


Para tetamu terdiri daripada wakil-wakil dari BMMB, Perbadanan Wakaf Selangor, Sekolah Rendah Islam (SERI) Al-Huda dan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Selangor (PITAS).

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Penyerahan tersebut.

SUMBER: Bank Muamalat Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Jasmina
Tel : 03-2059 2726

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.