Januari 23, 2026 -Jumaat

 
 
 

Jumaat 23/05/2014

SIDANG MEDIA & PREVIEW BUFET RAMADAN 2014

Felda D’Saji akan mengadakan Sidang Akhbar Kerjasama Felda D’Saji dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) bersempena dengan Bufet Ramadan 2014 serta Preview Bufet Ramadan 2014.

Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Isnin 26 Mei 2014

Masa : 8.00 malam

Tempat : Restoran Felda Villa, Anjung Felda
Jalan Maktab Off Jalan Semarak 54000 Kuala Lumpur

Program:

8.00 pm : Ketibaan Tetamu Jemputan
Ketibaan VIP
Y.Bhg. Datuk Faizoull Ahmad
Pengarah Besar FELDA
Y.Bhg. tuan Haji Ahmad Zaki Abdullah
Pengarah Eksekutif Kanan / CEO FELDA D’SAJI
Y.Bhg. Puan Fahida Dato’ Mohd Farid
Pengurus Besar MAKNA

8.05 pm : Ucapan aluan Pengerusi Majlis
: Ucapan Pengurus Besar MAKNA
: Ucapan Pengarah Besar FELDA

8.30 pm : Preview Bufet Ramadan 2014
: Jamuan Makan Malam

9.30 pm : Sidang Akhbar

Majlis ini akan dihadiri oleh Pengarah Besar FELDA merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Felda D’Saji, Y.Bhg. Datuk Faizoull Ahmad, Pengarah Eksekutif Kanan/CEO Felda D’Saji Hj Ahmad Zaki Abdullah dan Pengurus Besar MAKNA, Puan Farahida Dato Mohd Farid.

FELDA D’Saji Sdn Bhd adalah sebuah anak syarikat Koperasi Permodalan FELDA (KPF), telah beroperasi sejak tahun 1984 dalam perkhidmatan katering, restoran dan pengurusan makanan dan minuman, dan telah beroperasi di Dewan terkemuka FELDA seperti Dewan Perdana FELDA, Dewan Merak Kayangan FELDA, Restoran Felda Villa dan serta terlibat dalam menguruskan dan memberi nasihat operasi perniagaan restoran FELDA luar Negara seperti di Makkah, Arab Saudi dan London, United Kingdom.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan acara ini.

SUMBER: Felda D’Saji

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : Encik Muinuddin
MOBILE : 019-211 1601

NAMA : Cik Nornabillah
MOBILE : 019-277 7792

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.