|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 26/05/2014
Majlis Pelancaran Liga FELDA 2014
Adalah dimaklumkan bahawa FELDA akan mengadakan Majlis Pelancaran Liga FELDA – Liga- F, sebuah liga bola sepak untuk Warga FELDA (peneroka, generasi baru dan petugas FELDA) yang dianjurkan oleh FELDA sendiri.
Liga-F merangkumi tiga pertandingan iaitu Piala Komuniti, Piala Pengarah Besar FELDA dan Piala Tan Sri Pengerusi FELDA. Pertandingan ini diadakan buat julung kalinya bermula musim 2014 dan dikelolakan oleh Persatuan Bolasepak FELDA Malaysia(PBFM).
Majlis Pelancaran akan disempurnakan oleh Y.B Pengerusi FELDA pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh: Selasa 27 Mei 2014
Masa : 12.15 tengah hari
Tempat : Grand Ballroom, Menara FELDA,
No. 11 Jalan Persiaran KLCC,
50088 Kuala Lumpur
PROGRAM
12.15 tengahari : Ketibaan Y.Bhg Datuk Faizoull Ahmad
Pengarah Besar FELDA
12.30 tengahari : Ketibaan YB Tan Sri Mohd Isa Dato’ Haji Abdul Samad, Pengerusi FELDA
: Ucapan Aluan Y.Bhg Datuk Faizoull Ahmad
Pengarah Besar FELDA merangkap Presiden FUFC
: Ucapan Perasmian YB Tan Sri Mohd Isa Dato’ Haji Abdul Samad, Pengerusi FELDA
: Majlis Pelancaran Liga F, Logo PBFM dan
Lagu Felda United
: Sidang Akhbar
1.00 petang : Makan Tengahari
1.30 petang : Bersurai
FELDA telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 1 Julai 1956 sebagai agensi pembangunan tanah dan penempatan dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman kelapa sawit dan getah. Hari ini, FELDA telah berjaya menaitaraf sosio-ekonomi warga peneroka dan telah mencapai tujuan utama dalam pembasmian kemiskinan di kawasan luar bandar untuk 112,635 peneroka dengan purata pendapatan bulanan lebih daripada RM 3,000 setiap rumah yang jauh melebihi garis kemiskinan Negara. Kini, cabaran selepas 50 tahun penubuhan FELDA adalah untuk meneruskan peranan utama mereka dengan menyediakan kemudahan yang mencukupi dan moden di kawasan FELDA, membangunkan potensi generasi baru FELDA bagi menaik taraf sosiekonomi dan memastikan rancangan FELDA boleh menjana pelbagai aktiviti ekonomi bagi tujuan kemajuan dan mengurangkan jurang antara bandar dan luar Bandar
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: FELDA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Aman Shah Alladin
Tel : +60321912327
Mobil: +60133889436
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|