|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 27/05/2014
Jemputan Ke Program Bengkel Pembungkusan, Penjenamaan Dan Pembiayaan PKS "MOH NIAGA" Di Teluk Intan, Perak
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerjasama SME Corp. Malaysia akan menganjurkan Bengkel Pembungkusan, Penjenamaan, dan Pembiayaan PKS “Moh Niaga” pada minggu ini.
Bengkel ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada PKS luar bandar berkenaan kepentingan pembungkusan dan penjenamaan inovatif bagi memenuhi keperluan pasaran global. Untuk makluman, YB Datuk Ir. Hamim Samuri, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bakal menyempurnakan Majlis Perasmian acara ini.
Butiran bagi program ini adalah seperti berikut:
Hari/Tarikh : Rabu 28 Mei 2014
Masa : 9.45 pagi
Tempat : Dewan Bandaran Teluk Intan,
Perak Darul Ridzuan
PROGRAM:
8.30 pagi : Pendaftaran
10.00 pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat
10.10 pagi : Ucapan Aluan:
En. Saifol Bahri Mohamad Shamlan
Timbalan Ketua Eksekutif
SME Corporation Malaysia (Pelaksanaan)
10.20 pagi : Ucapan Perasmian:
YB Datuk Ir. Hamim Samuri
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
10.30 pagi : Pembentangan Agensi dan Usahawan
- En. Rosli Manan Mohd Saad
Timbalan Pengarah, SIRIM Perak
- En. Daniel Prakash
Eksekutif, FMM Perak
- Agrobank
- Pn. Suriyani Sadri
Pengarah Urusan, Iyanis Sdn. Bhd.
11.00 pagi : Panel Perbincangan
Moderator: En. Agil Faisal Ahmad Fadzil
11.30 pagi : Lawatan ke ‘Brand Transformer’
12.00 tgh. : Makan Tengahari
2.00 ptg. : Taklimat berkenaan Skim Bantuan Kewangan untuk PKS
- En. Nazrul Izwan Ismail, MITI
- En. Roshaidi Rosli, SME Corp. Malaysia
- En. Mohd Ehsan Nordin, SME Bank
- En. Syed Zahirulddin Syed Ali, MATRADE
- En. Muhamad Haseiri Mahyudin, BSN
- En. Mohd Annuar Salleh, TEKUN
5.00 ptg. : Program Tamat
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan program tersebut.
SUMBER : SME CORP. MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :
Nama : Encik Faiz Ramzi
Tel : 03-2775 6014/012-645 0703
Emel : faizramzi@smecorp.gov.my
Nama : Puan Sarahana Mohamad
Tel : 03-2775 6225
Emel : sarahana@smecorp.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|