Januari 23, 2026 -Jumaat

 
 
 

Selasa 27/05/2014

PROMOSI KRAF MALAYSIA DI MUZIUM TENTERA DARAT PORT DICKSON

Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia pada ketetapan seperti berikut:


Tarikh : 30 Mei – 5 Jun 2014

Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang

Tempat : Muzium Tentera Darat Port Dickson


Promosi Kraf Malaysia di Muzium Tentera Darat Port Dickson ini mengetengahkan aktiviti menarik seperti :

- Interaktif Kraf : Memberi pendedahan dan peluang kepada pengunjung untuk menghasilkan produk kraf sendiri seperti Menganyam Bakul Rotan, Mewarna Bekas Seramik dan Mewarna Tabung Buluh.

- Demonstrasi Masakan Tradisional : Demonstrasi dan jualan produk masakan tradisional seperti lemang, rendang, dodol dan bahulu.

- Persembahan Kesenian : Mengenengahkan persembahan kumpulan muzik kesenian tradisional dan kontemporari seperti persembahan Caklempong, Irama Melayu Asli dan Balle-Balle.

- Jualan Kraf : Jualan produk kraf melibatkan 25 pengusaha kraf merangkumi batik, tenunan, songket, rotan, buluh, kayu, aksesori dan perhiasan diri.

Untuk makluman, Promosi Kraf Malaysia adalah suatu pakej promosi Kraftangan Malaysia yang bertujuan mempromosikan produk kraf tempatan bagi memenuhi pasaran domestik dan juga antarabangsa. Selain itu, ia dapat menggalakkan pemakaian dan penggunaan produk kraf tempatan sebagai satu gaya hidup serta memberi informasi mengenai penghasilan produk kraf.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan Promosi Kraf Malaysia di Muzium Tentera Darat Port Dickson ini.

SUMBER: Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat, Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793

Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan
Tel : 06-481 1045

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.