|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 27/05/2014
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA TEMASYA SUKAN ANAK-ANAK YATIM KEBANGSAAN (SUKYA) KALI KE-IX, 2014
Adalah dimaklumkan bahawa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan mengadakan Temasya Sukan Anak-Anak Yatim Kebangsaan (SUKYA) kali ke-IX, 2014.
Temasya SUKYA yang dijangka akan dirasmikan oleh YB. Dato’ Hajah Rusnah Kassim, Exco Kerajaan Negeri Perak. Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : 1 Jun 2014
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kompleks Sukan Proton, Proton City, Tanjong Malim, Perak
PROGRAM TENTATIF:
31 Mei 2014(Sabtu) - Kompleks Sukan Proton
4.00 Ptg : Raptai Majlis Perasmian
4.30 Ptg : Mesyuarat Pengurus Pasukan
8.00 Mlm : Ping Pong - Gimnasium
: Futsal - Gelanggang Serbaguna
1 Jun 2014(Ahad) - Kompleks Sukan Proton
8.00 Pagi : Olahraga
9.00 Pagi : Majlis Perasmian
10.30 Pagi – 4.30 Ptg : Olahraga (sambung)
2.00 – 6.00 Ptg Ping Pong (sambung) - Gimnasium
5.00 Ptg : Majlis Penyampaian Hadiah (Olahraga) - Kompleks Sukan Proton
6.30 Ptg : Majlis Penyampaian Hadiah (Ping Pong) - Gimnasium
8.00 Mlm : Sepak Takraw
: Futsal - Gelanggang Serbaguna
2 Jun 2014(Isnin)
8.00 Pagi : Bola Jaring - Gelanggang Bola Jaring
: Badminton - Gimnasium
: Sepak Takraw - Gimnasium
: Bola Tampar - Gelanggang Bola Tampar
: Bola Sepak - Padang UPSI
: Tarik Tali - Padang UPSI
: Karom - Bangunan E-Learning
: Congkak - Bangunan E-Learning
: Dam Aji - Bitarasiswa
3 Jun 2014 (Selasa)
8.00 Pagi : Bola Jaring - Gelanggang Bola Jaring
: Badminton - Gimnasium
: Sepak Takraw - Gimnasium
: Bola Tampar - Gelanggang Bola Tampar
: Bola Sepak - Padang UPSI
: Tarik Tali - Padang UPSI
: Karom - Bangunan E-Learning
: Congkak - Bangunan E-Learning
: Dam Aji - Bitarasiswa
12.00 Tgh hari : Majlis Penyampaian Hadiah - Venue Pertandingan
8.00 Mlm : Majlis Penutup - Dewan Besar, KSAS
4 Jun 2014(Rabu) : Bersurai
SUKYA 2014 akan mempertandingkan 19 jenis acara sukan dan sebanyak 12 negeri terlibat di dalam temasya ini. UPSI diberi tanggungjawab sebagai pengelola bagi temasya acara tahunan anjuran Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) yang akan berlangsung 31 Mei hingga 3 Jun 2014 yang melibatkan penyertaan seramai 1931 penyertaan peserta dari seluruh Malaysia.
Sehubungan itu, pihak UPSI dengan berbesar hati menjemput wakil media tuan/puan untuk membuat liputan temasya berkenaan. Untuk keterangan lanjut,
SUMBER: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : En. Ghazali Din
MOBILE: 019 279 2143
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|