|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 04/06/2014
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA TEMASYA SUKAN ANAK-ANAK YATIM KEBANGSAAN (SUKYA) KALI KE-IX, 2014
Adalah dimaklumkan bahawa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan mengadakan Temasya Sukan Anak-Anak Yatim Kebangsaan (SUKYA) kali ke-IX, 2014.
Temasya SUKYA yang dijangka akan dirasmikan oleh YB. Dato’ Hajah Rusnah Kassim, Exco Kerajaan Negeri Perak. Majlis perasmian akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Isnin 9 Jun 2014
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kompleks Sukan Proton, Proton City, Tanjong Malim, Perak
PROGRAM TENTATIF:
8 Jun 2014(Ahad) - Kompleks Sukan Proton
4.00 Ptg : Raptai Majlis Perasmian
4.30 Ptg : Mesyuarat Pengurus
8.00 Mlm : Futsal (R & M)
9 Jun 2014(Isnin)
8.00 Pagi : Olahraga - PROTON
9.00 Pagi : Majlis Perasmian
2.00 Ptg : Congkak - KSAJ
: Dam Aji
: Karom
: Futsal (R & M)
: Badminton
: Sepak Takraw
8.00 Mlm : Futsal (R &M)
: Badminton
: Sepak Takraw
10 Jun 2014(Selasa)
8.00 Pagi : Bola Sepak - KSAJ
: Tarik Tali - Padang
: Bola Jaring
: Congkak
: Dam Aji
: Karom
: Bola Tampar
: Badminton
: Sepak Takraw
2.00 Ptg : Ping Pong
: Badminton
11 Jun 2014 (Rabu)
8.00 Pagi : Ping Pong - JSAJ
: Tarik Tali
: Bola Sepak
: Bola Jaring
: Bola Tampar
8.00 Mlm : Majlis Penutup
12 Jun 2014 (Khamis) - Bergerak Pulang
SUKYA 2014 akan mempertandingkan 19 jenis acara sukan dan sebanyak 12 negeri terlibat di dalam temasya ini.
UPSI diberi tanggungjawab sebagai pengelola bagi temasya acara tahunan anjuran Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) yang akan berlangsung 8 hingga 11 Jun 2014 yang melibatkan penyertaan seramai 1931 penyertaan peserta dari seluruh Malaysia.
Sehubungan itu, pihak UPSI dengan berbesar hati menjemput wakil media tuan/puan untuk membuat liputan temasya berkenaan.
SUMBER: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : En. Ghazali Din
MOBILE: 019 279 2143
-BERNAMA |
|
|
|
|
|