Januari 23, 2026 -Jumaat

 
 
 

Rabu 11/06/2014

LIPUTAN FLORIA ARTS & CRAFTS SEMPENA FESTIVAL FLORIA PUTRAJAYA 2014

Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan menganjurkan Promosi ‘Floria Arts & Crafts’ sempena Festival Floria Putrajaya 2014 yang berlangsung mulai :

Tarikh : 14 - 22 Jun 2014

Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam

Tempat : Presint 4, Putrajaya.

Untuk makluman Festival Floria Putrajaya merupakan program peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Promosi ‘Floria Arts & Crafts’ ini melibatkan penyertaan seramai 98 orang usahawan kraf dari seluruh negara meliputi aktiviti seperti berikut:

- Interaktif Kraf - Pengunjung berpeluang untuk menghasilkan produk kraf sendiri seperti mencanting batik, menganyam rotan, mewarna kipas kertas dan mewarna tempurung.

- Demonstrasi Kraf – Pendedahan kepada pengunjung berkaitan demonstrasi pembuatan seramik, manik kristal, sulaman tekat, bunga tekap, anyaman rotan, kraf tempurung, ukiran ulu keris dan anyaman mengkuang.

- Jualan Kraf - mengetengahkan aktiviti jualan kraf dari pelbagai bidang seperti tekstil (batik, tenun & songket), hasil rimba (kayu, rotan, mengkuang, buluh), seramik (labu sayong, pasu tembikar), logam (perak, tembaga, timah) dan aneka kraf ditawarkan pada harga yang menarik.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan Promosi ‘Floria Arts & Crafts’ sempena Festival Floria Putrajaya 2014 ini.

SUMBER: Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat, Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.