|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 11/06/2014
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA SEMPENA MAJLIS PENUTUP TEMASYA SUKAN ANAK-ANAK YATIM KEBANGSAAN (SUKYA) KALI KE-IX, 2014
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan mengadakan Temasya Sukan Anak-Anak Yatim Kebangsaan (SUKYA) kali ke-IX, 2014.
Temasya SUKYA yang akan dihadiri oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Abd. Kadir, Menteri Besar Perak dan Datin Seri Saripah Zulkifli pada 11 Jun 2014 pukul 8.30 malam di Auditorium Utama, Kampus Sulltan Abdul Jalil Shah, Tanjong Malim, Perak.
Hari/Tarikh : Rabu 11 Jun 2014
Masa : 8.30 malam
Tempat : Auditorium Utama, Kampus Sulltan Abdul Jalil Shah, Tanjong Malim, Perak
PROGRAM
(Muat turun program di sini)
Negeri Terengganu adalah kontingen SUKYA 2014 yang setakat ini mengutip mata yang tertinggi berbanding negeri lain. SUKYA 2014 telah mempertandingkan 19 jenis acara sukan dan sebanyak 12 negeri terlibat di dalam temasya ini. UPSI diberi tanggungjawab sebagai pengelola bagi temasya acara tahunan anjuran Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) yang sedang berlangsung 8 hingga 12 Jun 2014 yang melibatkan penyertaan seramai 1931 penyertaan peserta dari seluruh Malaysia.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan majlis ini.
SUMBER : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En. Ghazali Din
Tel : 019 2792143
-BERNAMA |
|
|
|
|
|