|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 11/06/2014
JEMPUTAN KE MAJLlS PEMBUKAAN PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA (WSMB) 2014 BIDANG AIRCRAFT MAINTENANCE
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia akan menganjurkan pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan kepada belia yang dikenali sebagai pertandingan WorldSkills Malaysia Belia .(WSMB) dalam bidang aircraft maintenance. Pertandingan kemahiran dalam bidang ini buat julung kalinya dianjurkan dengan kerjasama Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL-MIAT) dari 14 hingga 17 Jun 2014 dari jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang.
Bidang aircraft maintenance adalah merupakan salah satu bidang kemahiran yang dipertandingkan di World Skills Competition (WSC) dan Malaysia kini sedang membuat persediaan dalam bidang aircraft maintenance bagi WSC 2015 yang akan diadakan di Sao Paulo, Brazil pad a tahun 2015. Seramai 8 orang akan bertanding dalam pertandingan ini dan setiap peserta akan menjalani 7 tugasan sepanjang pertandingan iaitu Assembly Sheet Metal, Rigging Flight Control, Daily Inspection of Aircraft Removal and Installation of Aircraft Component, Blending of Compressor Blade &Re plus Inspection of Starter Generator, Hot EndInspection using boronscope dan Troubleshoot Electrical wiring defect. Peserta adalah terdiri daripada pelajar dari UniKL- MIAT, Malaysian Aviation Training Academy (MATA), Kuantan, ADTEC Shah Alam dan Politeknik Banting.
Majlis Pembukaan "PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA (WSMB) BIDANG AIRCRAFT MAINTENANCE" akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 14 Jun 2014
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Auditorium
Universiti Kuala Lumpur
Malaysian Institute Of Aviation Technology ( UniKL MIAT)
Lot 2891, Jalan Jenderam Hulu, Jenderam Hulu,
43800 Dengkil,
SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: (603) 8768 8487
Fax: (603) 8768 8485
Latitude: 2.851636
Longitude: 101.73578
Peta Lokasi :

PROGRAM
10.45 pagi : Kehadiran tetamu jemputan
11.00 pagi : Ketibaan YBhg Datuk Dr Pang Chau Leong, Ketua
Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia
: Ucapan aluan oleh YBhg Datuk Dr Pang Chau Leong,
Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran
: Ucapan oleh YBrs Dr Mohamed Idrus bin Abdul Main,
Dekan UniKL-MIAT
11.45 pagi : Lawatan ke tapak pertandingan di MIAT
12.30 tengah hari : Sesi bergambar, makan tengahari dan bersurai
Sila sertakan maklumbalas kehadiran seperti di Lampiran B sebelum 13 Jun 2014.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan Majlis Pembukaan dan pertandingan kemahiran ini dan seterusnya menyokong usaha pihak Kerajaan untuk memperkenalkan bidang Aircraft Maintenance kepada masyarakat umum.
SUMBER : Jabatan Pembangunan Kemahiran
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :
Nama : Pn Khuzainey binti Ismail
Tel : 03-88865492
Emel : khuzainey@mohr.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|