|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 13/06/2014
LIPUTAN MAJLIS PELANCARAN PERPUSTAKAAN BESTARI SAMSUNG (SAMSUNG SMART LIBRARY)
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia menerusi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd. akan mengadakan Majlis Pelancaran Perpustakaan Bestari SAMSUNG (Samsung Smart Library) oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada kesempatan berikut:
Hari/Tarikh : Isnin 16 Jun 2014
Masa : 2.15 petang – 4.00 petang
Tempat : Ruang Pameran Aras 1,
Bangunan Anjung Bestari
Perpustakaan Negara Malaysia
Program:
2.15 petang : Ketibaan Tetamu
2.30 petang : Ketibaan Tetamu Kehormat
2.45 petang : Ketibaan YB Dato` Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
: Nyanyian Negaraku
: Bacaan Doa
: Ucapan Alu-aluan
YBhg. Dato` Raslin bin Abu Bakar
Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia
: Ucapan
YBrs. Encik Lee Dong Yong
Presiden Samsung Malaysia Electronics
: Ucapan Perasmian
YB Dato` Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
: Pelancaran Perpustakaan Bestari Samsung
: Penyampaian Cenderamata
4.00 petang : Jamuan Teh
: Majlis Bersurai
Untuk makluman, PNM dan Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd telah bekerjasama dalam merekayasa satu konsep perpustakaan pintar dalam memperluaskan lagi capaian perkhidmatan perpustakaan kepada rakyat. Perpustakaan Pintar yang dinamakan Perpustakaan Pintar Samsung (Samsung SMART Library) adalah satu inisiatif perkhidmatan baharu yang disediakan di Perpustakaan Negara Malaysia menggunakan kepakaran teknologi Korea dan merupakan yang pertama di rantau Asia.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Perpustakaan Negara Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Norhaizum
Tel : 03 - 2687 1916/ 012- 3824425
Emel : norhaizum@pnm.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|