Januari 22, 2026 -Khamis

 
 
 

Ahad 15/06/2014

MAJLIS PELANCARAN PENANDAAN KARKAS

Adalah dimaklumkan bahawa Y.Bhg. Dato’/tuan/puan dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran Penandaan Karkas oleh YB Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Isnin 16 Jun 2014

Masa : 2.30 petang

Tempat : Kompleks Abatoir Shah Alam
Jabatan Perkhidmatan Veterinar,
Jalan Utas, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

PROGRAM:

2.00 petang : Ketibaan tetamu jemputan

2.30 petang : Ketibaan tetamu VIP

2.45 petang : Ketibaan Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

: Bacaan Doa

: Ucapan Aluan Y. H. Dato’ Dr. Mohamad Azmie
Zakaria
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

: Ucapan perasmian Y.B Dato’ Sri Ismail Sabri bin
Yaakob
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia

: Pelancaran Penandaan Karkas

3.45 petang : Sidang Media

: Jamuan ringan

5.00 petang : Bersurai

Kerjasama tuan/puan adalah dipohon untuk mematuhi syarat-syarat kesihatan awam veterinar bagi mengelakkan karkas/daging dari tercemar semasa melakukan liputan. Y.Bhg. Dato’/tuan/puan juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi QR/Barcode scanner dalam smart phone untuk kegunaan semasa pelancaran penandaan karkas ini.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER: Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : Dr. Nazihah
MOBILE: 017-369 5636

NAMA : Anis
MOBILE: 014-742 4794

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.