|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 16/06/2014
Kempen Keselamatan & Pencegahan Jenayah Universiti UCSI 2014
Universiti UCSI dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) akan menganjurkan Kempen Keselamatan & Pencegahan Jenayah 2014 pada 20 & 21 Jun 2014. Kempen ini diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan khususnya kepada para pelajar Universiti UCSI mengenai keselamatan dan pencegahan jenayah yang kian berleluasa pada masa kini.
Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Jumaat 20 Jun 2014 – Hari Pertama
Masa : 9:30 pagi hingga 4:30 petang
Tempat : Multi-purpose Hall, Tingkat 4, Blok A, Kampus Kuala Lumpur (South Wing), Universiti UCSI

Nota penting: Universiti UCSI TIDAK dikaitkan lagi dengan nama Universiti College Sedaya International. Kami ingin dikenali sebagai Universiti UCSI. Harap maklum.
Program:
20 Jun 2014 (Jumaat)
9:30am : Ketibaan Tetamu dan Pendaftaran
10:00-10:05am : Ucapan Aluan
Senior Professor Dato’ Dr Khalid Yusoff
Naib-Canselor dan Presiden, Universiti UCSI
10:15 – 10:30am : Ucapan
Senior DCP Datuk Seri Mohmad b. Salleh
Ketua Polis Kuala Lumpur
10:45am – 11:15am : Ucapan Perasmian
Tan Sri Dato’ Lee Lam Thye
11:15 – 11:25am : Persembahan
11:25 – 11:30am : Upacara mengangkat sumpah menjadi ahli Kelab Pencegahan Jenayah oleh pelajar-pelajar Universiti UCSI
11:30 – 11:35am : Upacara menandatangani plak Kelab Pencegahan Jenayah Universiti UCSI
11:35 – 11:40am : Cenderahati
12:00 T.hari – 12:30pm : Sidang Media
12:30pm : Jamuan Tengahari
12:30pm – 4:30pm : Pameran dan bengkel-bengkel dijalankan
Hari pertama tamat
21 Jun 2014 (Sabtu)
11:00am – 5:00pm : Lawatan ke Penjara Kajang & Jabatan Bomba dan Penyelamat bahagian Cheras
Kempen ini akan dirasmikan oleh Yang Bahagia Tan Sri Lee Lam Thye selaku Naib Pengerusi MCPF. Antara tetamu kehormat lain yang akan menghadiri kempen ini termasuk Senior DCP Dato’ Seri Mohmad bin Salleh, Ketua Polis Kuala Lumpur, PKPjB Khirudin bin Drahman, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Dato’ Peter Ng, Pengasas dan Pengerusi Kumpulan UCSI dan Senior Professor Dato’ Dr Khalid Yusof, Naib Canselor dan Presiden Universiti UCSI.
Perasmian kempen ini juga akan menyaksikan pelajar- pelajar Universiti UCSI mengangkat sumpah sebagai ahli Kelab Pencegahan Jenayah. Kelab ini akan menjadi kelab pencegahan jenayah yang pertama ditubuhkan di Malaysia di peringkat Universiti.
Antara aktiviti-aktivti yang akan dijalankan sepanjang kempen ini berlangsung adalah demonstrasi mempertahankan diri, bengkel pencegahan jenayah serta bengkel pencegahan kebakaran. Lawatan ke Jabatan Bomba dan Penyelamat bahagian Cheras dan Penjara Kajang juga diadakan pada hari kedua kempen.
Mengenai Universiti UCSI
Terbina bersulamkan kecemerlangan, keberanian, ketabahan dan integriti, Universiti UCSI adalah sebuah institusi pengajian tinggi dengan kampus utama yang terletak di Kuala Lumpur dan mempunyai cawangan strategik di Pantai Timur, Terengganu Darul Iman dan Sarawak Bumi Kenyalang, negeri terbesar di Malaysia. Sebagai institusi utama kumpulan konglomerat UCSI, Universiti UCSI yang mula bertapak pada tahun 1986 kini mempunyai 7 fakulti, sebuah pusat pendidikan Pra-Universiti dengan lebih 70 program dalam pelbagai bidang termasuk perubatan, farmasi, seni bina, sains komputer, seni budaya dan muzik. Mempunyai lebih 11,000 pelajar daripada lebih 80 negara antarabangsa pelbagai budaya, Universiti UCSI sangat komited dalam melahirkan graduan-graduan yang berkemahiran tinggi untuk berjaya di dalam kehidupan dan mempunyai keperibadian yang tinggi, bertanggungjawab, berkepimpinan dan berdisiplin. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Universiti UCSI di http://www.ucsiuniversity.edu.my.
SUMBER: UCSI University
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
UCSI Group Corporate Affairs
Tel : (03) 9101 8880
NAMA : Charmaine Chia
Senior Exec
MOBILE : 016 608 0672
Ext: 3712
MOBILE : charmainechia@ucsigroup.com.my
NAME : Muzira Abdul Rahman
Executive
MOBILE : 013 277 7577
SAMB : 3713
EMEL : muzira@ucsigroup.com.my
NAMA : Marina Tan
Senior Exec
MOBILE: 012 678 1902
SAMB : 3712
EMEL : marinatan@ucsigroup.com.my
NAMA : Tan Shu Ying
Writer (Chinese Media)
MOBILE: 012 678 1902
Ext : 3713
EMEL : tansy@ucsigroup.com.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|