|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 17/06/2014
LIPUTAN SEMPENA MAJLIS PENUTUP KOLOKIUM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN 2014
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan mengadakan Majlis Penutup Kolokium Pentaksiran Pendidikan 2014 pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 19 Jun 2014
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Konvensyen e-Learning,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Tanjong Malim, Perak.
Majlis Penutup ini dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Idris bin Jusoh selaku Menteri Pendidikan II.
Program:
1.45 ptg : Pendaftaran
2.00 ptg : Ketibaan Tetamu Jemputan dan Dif Kehormat
2.05 ptg : Ketibaan Y.Bhg. Prof Dato’ Dr Zakaria Kasa,
Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris
2.10 ptg : Bacaan Doa
: Ucapan Aluan oleh Y.Bhg. Prof Dato’ Dr Noraini Idris,
Timbalan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris
: Sesi kolokium bermula
2.30 ptg : Ketibaan Y.B. Dato’ Seri Idris Jusoh Menteri Pendidikan II
4.30 ptg : Perasmian Penutup
: Penyerahan Rumusan
: Penyampaian cenderamata
4.50 ptg : Sidang Media
5.00 ptg : Minum petang
5.15 ptg : Y.B. Dato’ Seri Idris Jusoh meninggalkan majlis
Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun melaksanakan sistem pentaksiran baharu iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sejak tahun 2011. Status terbaharu PBS ialah sistem pelaksanaan yang telah dipermudahkan bagi guru yang beroperasi bermula April 2014. Oleh itu, kolokium yang bakal diadakan ini bertujuan mendedahkan kepada peserta sistem pelaksanaan PBS yang telah ditambah baik ini di samping mendapatkan pandangan dan maklum balas berkaitan isu berkenaan.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan majlis ini.
SUMBER : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Dr. Nurulhuda Abdul Rahman
Pengarah, Makmal Penyelidikan Pendidikan
Tel : 015-48117349
Nama : En. Ghazali Din
Tel : 019 2792143
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|