Januari 22, 2026 -Khamis

 
 
 

Selasa 17/06/2014

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA PROGRAM MINI KARNIVAL IMARAH

Pusat Pungutan Zakat-MAIWP dengan kerjasama Masjid Saidina Uthman Ibnu Affan akan menganjurkan Mini Karnival Imarah Masjid (Ahlan Ya Ramadhan) pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Ahad 22 Jun 2014 / 24 Sya'aban 1435 H

Masa : 9.30 pagi - 1.00 petang

Tempat : Masjid Saidina Uthman Ibnu Affan, Jalan Budiman
56000, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

Objektif Mini Karnival ini adalah untuk mengimarahkan masjid disamping untuk hebahan cara terkini bayaran zakat bagi para penduduk di sekitar masjid tersebut. Antara program yang telah diatur adalah BERSAMA AULAD, BICARA SELEBRITI, BICARA KELUARGA BAHAGIA, FORUM KHAS DAN MAJLIS PERASMIAN yang menyaksikan sumbangan beras dari pihak BERNAS. Turut hadir Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Hj Che Mat Hj Che Ali dan para selebriti jemputan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.


SUMBER : Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Haliza Abd Rahman
Pegawai Kanan Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Mobil : 012-5003547
Tel : +60 (0)3 92895757
Faks : +60 (0)3 92895759
(w) www.zakat.com.my | (fb) www.facebook.com/myzakat


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.