Januari 22, 2026 -Khamis

 
 
 

Khamis 19/06/2014

SME Corp: Majlis Pelancaran Minggu PKS 2014 Peringkat Kebangsaan

SME Corp. Malaysia, sebuah Agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan menganjurkan Minggu PKS 2014 di seluruh negara bermula pada 21-27 Jun 2014.

Sehubungan dengan itu, satu Majlis Pelancaran Minggu PKS 2014 Peringkat Kebangsaan bakal diadakan pada hari Sabtu ini.

Majlis ini akan dirasmikan secara bersama oleh YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan seperti butiran berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 21 Jun 2014

Masa : 2.30 ptg

Tempat : Mydin Mall, Seremban 2


PROGRAM:

2.30 petang : Ketibaan para jemputan

3.00 petang : Ketibaan Y.B. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan

: NegaraKu

: Bacaan Doa

3.30 petang : Ucapan oleh Y.B. Dato' Sri Mustapa Mohamed Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia

: Ucapan oleh Y.A.B. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan
Menteri Besar Negeri Sembilan

4.00 petang : Perasmian Minggu PKS 2014 Peringkat Kebangsaan

: lawatan ke ruang promosi dan jualan produk PKS

: Jamuan Ringan dan Sidang Media

Minggu PKS 2014 yang masuk tahun ke-3 penganjurannya bertujuan untuk mempromosikan serta meningkatkan kesedaran secara besar-besaran tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PKS. Program ini juga bertindak sebagai platform di mana usahawan dan bakal usahawan boleh mendapatkan maklumat serta khidmat nasihat untuk memulakan dan memajukan perniagaan mereka.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir dan membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: SME Corp. Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : Encik Faiz R Sutarji
MOBILE: 012 645 0703
EMEL : faizramzi@smecorp.gov.my

NAMA : Puan Sarahana Mohamad
MOBILE: 017 905 4429
EMEL : sarahana@smecorp.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.