Januari 22, 2026 -Khamis

 
 
 

Khamis 19/06/2014

Majlis Pelancaran Minggu PKS 2014 Peringkat Negeri Melaka

SME Corp. Malaysia, sebuah Agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan menganjurkan Minggu PKS 2014 di seluruh negara bermula pada 21-27 Jun 2014.

Sehubungan dengan itu, satu Majlis Pelancaran Minggu PKS 2014 Peringkat Negeri Melaka bakal diadakan pada hari Sabtu ini. Majlis ini akan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris Bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka seperti butiran berikut:


Hari/Tarikh : Sabtu 21 Jun 2014

Masa : 2.30 ptg

Tempat : Perkarangan PKNM, Melaka


TENTATIF ATUCARA PROGRAM


Hari Pertama (20 Jun 2014, Jumaat)

9.00 pg : Pocket Talk Bersama BNM
• Tajuk : Perkhidmatan Kewangan oleh BNM
• Tajuk : Jenayah Kewangan oleh BNM
• Tajuk : Pengurusan Kewangan oleh AKPK
: Pameran Teknologi dan Kemajuan Sektor Pertanian oleh Jabatan / Agensi Kerajaan (sepanjang program)
: Pameran dan jualan (sepanjang program)

12.30 tgh hari : Rehat dan Solat Jumaat

3.00 ptg : Pertandingan memasak

7.00 mlm : Solat Maghrib

8.00 mlm : Ceramah Agama oleh Ustazah Siti Nor Bahyah

10.30 mlm : Majlis bersurai


Hari Kedua (21 Jun 2014, Sabtu)

7.30 pg : Pertandingan Senamtari dikendalikan oleh Jabatan
Belia dan Sukan

8.00 pg : Pembukaan dan persiapan oleh usahawan dan agensi

10.30 pg : Pertandingan mewarna kanak-kanak

11.00 pg : Auto Show melibatkan kereta dan motosikal berkuasa tinggi

12.00 pg : Pertandingan Pocket Bike

1.00 ptg : Makna tengah hari dan Solat Zohor

2.30 ptg : Majlis Perasmian oleh YAB Datuk Seri Ir. Hj Idris Bin Haron Ketua Menteri Melaka
: Minum petang bersama Perdana Menteri Malaysia

7.00 mlm : Solat Maghrib

8.30 mlm : Persembahan Artis

11.00 mlm : Majlis Bersurai


Hari Ketiga (22 Jun 2014, Ahad)

8.00 pg : Pembukaan dan persiapan oleh usahawan dan agensi

10.00 pg : Pertandingan Permainan Tradisional

1.00 ptg : Makan tengah hari dan Solat Zohor

2.30 ptg : Sukan Rakyat / Karaoke Santai

7.00 ptg : Solat Maghrib dan Isya’

8.30 mlm : Karaoke Santai

10.00 mlm : Majlis bersurai

Minggu PKS 2014 yang masuk tahun ke-3 penganjurannya bertujuan untuk mempromosikan serta meningkatkan kesedaran secara besar-besaran tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PKS.

Program ini juga bertindak sebagai platform di mana usahawan dan bakal usahawan boleh mendapatkan maklumat serta khidmat nasihat untuk memulakan dan memajukan perniagaan mereka.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir dan membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: SME Corp. Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : Encik Faiz R Sutarji
MOBILE : 012 645 0703
EMAIL : faizramzi@smecorp.gov.my

NAMA : Puan Sarahana Mohamad
MOBILE : 017 905 4429
EMAIL : sarahana@smecorp.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.