|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 19/06/2014
Majlis Pelancaran Minggu PKS 2014 Peringkat Negeri Perak
SME Corp. Malaysia, sebuah Agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan menganjurkan Minggu PKS 2014 di seluruh negara bermula pada 21-27 Jun 2014.
Sehubungan dengan itu, satu Majlis Pelancaran Minggu PKS 2014 Peringkat Negeri Perak bakal diadakan pada Ahad ini.
Majlis ini akan dirasmikan oleh YB Dato’ Drs. Mohd Nizar Haji Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam,Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak seperti butiran berikut:
Hari/Tarikh : Ahad 22 Jun 2014
Masa : 11.00 pagi
Tempat : RTC Gopeng, Perak
PROGRAM:
10.30 pagi : Ketibaan Tetamu
10.45 pagi : Ketibaan Dif-Dif Kehormat/Ketua Jabatan
10.50 pagi : Ketibaan
Yang Berhormat Dato’ Drs Mohd Nizar b. Hj Zakaria
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan
Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Negeri Perak
11.00 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku
11.05 pagi : Bacaan Doa
11.10 pagi : Ucapan :
Encik Saifol Bahri bin Mohamad Shamlan
Timbalan Ketua Eksekutif (Pelaksanaan)
SME Corporation Malaysia
11.20 pagi : Ucapan Perasmian :
Yang Berhormat Dato’ Drs Mohd Nizar b. Hj Zakaria
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam,
Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan
Koperasi Negeri Perak
11.30 pagi : - Perasmian Minggu PKS 2014 Negeri Perak
- Penyampaian Cek Bantuan TEKUN
Penyampaian Hadiah :
-Pertandingan Memasak Masakan Tradisional Negeri
Perak
-Pertandingan Young Entreprenuer Knowledge Hunt
-Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Pra Sekolah
12.30 ptg. : Lawatan Ke Booth Pameran
: Makan Tengahari
: Program Tamat
Minggu PKS 2014 yang masuk tahun ke-3 penganjurannya bertujuan untuk mempromosikan serta meningkatkan kesedaran secara besar-besaran tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PKS. Program ini juga bertindak sebagai platform di mana usahawan dan bakal usahawan boleh mendapatkan maklumat serta khidmat nasihat untuk memulakan dan memajukan perniagaan mereka.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir dan membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: SME Corp. Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : Encik Faiz R Sutarji
MOBILE : 012 645 0703
EMAIL : faizramzi@smecorp.gov.my
NAMA : Puan Sarahana Mohamad
MOBILE : 017 905 4429
EMAIL : sarahana@smecorp.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|