Januari 22, 2026 -Khamis

 
 
 

Khamis 19/06/2014

Majlis Pelancaran Minggu PKS 2014 Peringkat Negeri Terengganu (Selasa 24 Jun 2014)

SME Corp. Malaysia, sebuah Agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan menganjurkan Minggu PKS 2014 di seluruh negara bermula pada 21-27 Jun 2014.

Minggu PKS 2014 yang masuk tahun ke-3 penganjurannya bertujuan untuk mempromosikan serta meningkatkan kesedaran secara besar-besaran tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PKS. Program ini juga bertindak sebagai platform di mana usahawan dan bakal usahawan boleh mendapatkan maklumat serta khidmat nasihat untuk memulakan dan memajukan perniagaan mereka.

Sehubungan dengan itu, satu Majlis Pelancaran Minggu PKS 2014 Peringkat Negeri Terengganu bakal diadakan pada minggu hadapan. Majlis ini akan dirasmikan oleh YAB Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu seperti butiran berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 24 Jun 2014

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu


PROGRAM

8.30 pagi : Ketibaan Dif-Dif Jemputan

8.40 pagi : Ketibaan Y.Bhg. Dato’ Hafsah Hashim
Ketua Eksekutif, SME Corporation Malaysia

8.45 pagi: Ketibaan Y.A.B Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman
Menteri Besar Terengganu
: Nyanyian Lagu Negaraku
: Bacaan Doa

8.50 pagi : Ucapan Aluan oleh: Y.Bhg Dato’ Hafsah Hashim
Ketua Eksekutif, SME Corporation Malaysia

9.10 pagi : Ucapan Perasmian : Y.A.B. Dato’ Ahmad Razif Abd. Rahman
Menteri Besar Terengganu

9.45 pagi : Gambit Pelancaran Minggu PKS
Peringkat Negeri Terengganu 2014

9.50 pagi : Flag of Konvoi ‘Ziarah Qaseh’

10.10 pagi : Lawatan Ke Booth Agensi Keusahawanan
: Sidang Media / Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: SME Corp. Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Encik Faiz R Sutarji
Mobil: 012 645 0703
Emel : faizramzi@smecorp.gov.my

Nama : Puan Sarahana Mohamad
Mobil: 017 905 4429
Emel : sarahana@smecorp.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.