Januari 22, 2026 -Khamis

 
 
 

Jumaat 20/06/2014

Jemputan Sidang Media Untuk Majlis Pelancaran Bufet Ramadhan 2014

Felda D’Saji akan mengadakan Majlis Pelancaran Bufet Ramadhan 2014 bagi kesemua venue berbuka puasa D’Saji 2014 bagi lokasi dalam Negara dan luar Negara.

Selain itu, turut diwar-warkan adalah kerjasama untuk Bufet Ramadan 2014 dengan Menara Kuala Lumpur, penganugerahan Felda D’Saji sebagai operator restoran pelancongan di Tasik Titiwangsa dan pemenang hadiah utama Peraduan Inspirasi Romantik di mana Felda D’Saji bakal menaja perkahwinan pemenang utama.

Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 24 Jun 2014

Masa : 8.00 malam

Tempat : Dewan Perdana FELDA, Anjung Felda, Jalan Maktab Off Jalan Semarak 54000 Kuala Lumpur


PROGRAM:
8.00 malam : Kehadiran tetamu dan VIP

8.30 malam : Ucapan YB Tan Sri Pengerusi FELDA dan Pelancaran Bufet Ramadan D’Saji 2014

: Majlis kerjasama Felda D'Saji dan Menara Kuala Lumpur

: Penyerahan Pelantikan Felda D'Saji di Tasik Titiwangsa oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur atau wakil DBKL

: Pengumuman Pemenang Hadia Inspirasi Romantik Felda D'Saji dan Majalah Pesona Pengantin

: Jamuan Makan Malam

: Sidang akhbar

Untuk Bufet Ramadhan tahun ini, Felda D’Saji dengan kerjasama Majlis Kanser Nasional (MAKNA) akan memberikan sumbangan RM1.00 bagi setiap pembelian Bufet Ramadhan.

Majlis ini akan dirasmikan oleh YB Tan Sri Haji Mohd Isa Bin Datuk Haji Abdul Samad, Pengerusi Kumpulan FELDA dan akan turut dihadiri oleh Pengarah Besar FELDA, Y. Bhg Datuk Faizoull Ahmad, Y. Bhg. Datuk Ahmad Phesal Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur (atau wakil), Y. Bhg. Datuk Zuraidah Said, Naib Presiden TM Berhad, Y. Bhg. Datuk Hussamuddin Yaacob, CEO Kumpulan Media Karangkraf (atau wakil), Y. Bhg Dato Mohd Farid Ariffin CEO Majlis Kanser Nasional dan jemputan daripada Kumpulan Felda, syarikat korporat dan agensi-agensi kerajaan.

FELDA D’Saji Sdn Bhd adalah sebuah anak syarikat Koperasi Permodalan FELDA (KPF), telah beroperasi sejak tahun 1984 dalam perkhidmatan katering, restoran dan pengurusan makanan dan minuman, dan telah beroperasi di Dewan terkemuka FELDA seperti Dewan Perdana FELDA, Dewan Merak Kayangan FELDA, Restoran Felda Villa dan serta terlibat dalam menguruskan dan memberi nasihat operasi perniagaan restoran FELDA luar Negara seperti di Makkah, Arab Saudi dan London, United Kingdom.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: FELDA

UNTUK MALUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : Muinuddin
MOBILE: 019-211 1601

NAMA : Cik Nornabillah
MOBILE: 019-277 7792

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.