Januari 22, 2026 -Khamis

 
 
 

Isnin 23/06/2014

JEMPUTAN MEDIA KE MAJLIS PERASMIAN PERPUSTAKAAN KANAK-KANAK SUMBANGAN EXXONMOBIL

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia menerusi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan ExxonMobil Malaysia Sdn. Bhd. akan mengadakan Majlis Perasmian Perpustakaan Kanak-Kanak oleh YB Tuan P.Kamalanathan P.Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada kesempatan berikut :

Hari/Tarikh : Isnin 23 Jun 2014

Masa : 2.30 petang – 5.00 petang

Tempat : Auditorium
Aras 2, Bangunan Anjung Bestari
Perpustakaan Negara Malaysia


Program:

2.30 petang : Ketibaan Tetamu Jemputan

2.50 petang : Ketibaan
YBrs. Encik See Kok Yew
Pengerusi dan Presiden
Subsidiari-subsidiari ExxonMobil di Malaysia

3.00 petang : Ketibaan
YB Tuan P.Kamalanathan P.Panchanathan
Timbalan Menteri Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

: Nyanyian Negaraku

: Persembahan Tarian Selamat Datang

: Bacaan Doa

: Ucapan Aluan
YBhg. Dato’ Raslin bin Abu Bakar
Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia

: Ucapan
YBrs. Encik See Kok Yew
Pengerusi dan Presiden
Subsidiari-subsidiari ExxonMobil di Malaysia

: Persembahan Selingan Tarian Mari Membaca

: Ucapan Pelancaran
YB Tuan P. Kamalanathan P.Panchanathan
Timbalan Menteri Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

: Acara Pelancaran

: Penyampaian Sijil Penghargaan kepada
Peminjam Buku Terbanyak PNM (Kategori Kanak-Kanak)

: Persembahan Teater Muzikal

: Lawatan ke Perpustakaan Kanak-kanak Exxonmobil@PNM

: Jamuan

: Majlis Bersurai


Untuk makluman,PNM dan ExxonMobil Malaysia Sdn Bhd telah bekerjasama dalam memperhebatkan pelaksanaan dasar pembelajaran sepanjang hayat menerusi kesepakatan pintar antara pihak swasta dan kerajaan dalam menyemarakkan budaya membaca rakyat.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Perpustakaan Negara Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Norhaizum
Tel : 03 - 2687 1916/ 012- 3824425
Emel : norhaizum@pnm.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.