Januari 22, 2026 -Khamis

 
 
 

Khamis 26/06/2014

SME Corp : Majlis Penutup Minggu PKS 2014 Peringkat Negeri Pahang

SME Corp. Malaysia, sebuah Agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang menganjurkan Minggu PKS 2014 di seluruh negara bermula pada 21-27 Jun 2014.

Minggu PKS 2014 yang masuk tahun ke-3 penganjurannya bertujuan untuk mempromosikan serta meningkatkan kesedaran secara besar-besaran tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PKS. Program ini juga bertindak sebagai platform di mana usahawan dan bakal usahawan boleh mendapatkan maklumat serta khidmat nasihat untuk memulakan dan memajukan perniagaan mereka.

Sehubungan dengan itu, satu Majlis Perasmian Penutup Minggu PKS 2014 Peringkat Negeri Pahang bakal diadakan pada hari Jumaat ini. Majlis ini akan disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Diraja Hj Adnan Hj Yaakob, Menteri Besar Pahang seperti butiran berikut:

Hari/Tempat : Tapak Pasar Komuniti Pekan, Pahang

Tarikh : 27 Jun 2014 (Jumaat)

Masa : 2.30 petang


PROGRAM:

3:00 ptg - Ketibaan dif-dif jemputan dan orang ramai

3:30 ptg - Ketibaan YB Dato’ Sri Diraja Hj. Adnan Hj. Yaakob, Menteri
Besar Pahang

- Persembahan silat oleh Persatuan Seni Silat Gayung Makrifat

- Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Allah Selamatkan Sultan Kami

- Bacaan doa

- Ucapan Aluan Pegawai Daerah Pekan

- Ucapan Perasmian Penutup oleh YB Dato’ Sri Diraja Hj. Adnan Hj. Yaakob, Menteri Besar Pahang

- Gimik Penutup

- Majlis Penyerahan Bantuan Keusahawanan / Penyampaian Hadiah

- Cabutan Bertuah Hadiah Utama

- Lawatan ke Booth Agensi dan Jualan

- Minum Petang

5:00 ptg- Program Tamat

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : Encik Faiz R Sutarji
MOBILE: 012 645 0703
EMEL : faizramzi@smecorp.gov.my

Puan Sarahana Mohamad
MOBILE: 017 905 4429
EMEL : sarahana@smecorp.gov.my

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.