Januari 22, 2026 -Khamis

 
 
 

Jumaat 27/06/2014

PERSIDANGAN GST KEBANGSAAN 2014

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, BERNAMA, dan Tax Advisory and Management Services Sdn Bhd akan bersama-sama menganjurkan Persidangan GST Kebangsaan pada 10 & 11 Julai, 2014.

Persidangan itu bertujuan mewujudkan pemahaman yang lebih baik mengenai Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) yang akan berkuat kuasa pada 1 April 2015.

Pengurus Besar BERNAMA Datuk Yong Soo Heong dan Pengarah Eksekutif Tax Advisory and Management Services Sdn Bhd, Encik Yong Poh Chye menjemput rakan-rakan media menghadiri sidang akhbar mengenai Persidangan GST Kebangsaan 2014.

Butiran mengenai Sidang Akhbar adalah seperti berikut:

Hari/ Tarikh : Selasa 1 Julai 2014

Masa : 11.30 pagi

Tempat : Pusat Kecemerlangan
Tingkat 12, Wisma BERNAMA
Off Jalan Tun Razak,
50400 KUALA LUMPUR

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan persidangan akhbar ini.

Sumber : Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Sekretariat Persidangan GST Kebangsaan 2014
Nama : Cik Hanim dan Cik Nadrah
BERNAMA MREM
Tel : 03-26941024/26941023

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.