|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 03/07/2014
JEMPUTAN KE MAJLIS SIDANG MEDIA PROMOSI KRAF AIDILFITRI 2014
Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengadakan Promosi Kraf Aidilfitri 2014 mulai 04 – 13 Julai 2014, dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Pusat Beli Belah Plaza Merdeka, Pearl Street, Kuching.
Promosi Kraf ini mengetengahkan kepelbagaian penggunaan produk kraf tempatan dalam persiapan menyambut Aidilfitri dengan menampilkan aktiviti menarik seperti jualan produk kraf dalam pelbagai bidang, pendidikan kraf (bercorak pendidikan ‘Do It Yourself’), demonstrasi kraf dan persembahan kesenian.
Sehubungan itu, satu Majlis Sidang Media mengenai promosi ini akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 5 Julai 2014
Masa : 5.00 petang
Tempat : Upper Ground Floor, Pusat Beli Belah Plaza Merdeka, Pearl Street, Kuching
Bersama : YB Datuk Haji Mohd Naroden bin Haji Majais
Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri
(Pembangunan Usahawan) dan Menteri Muda
Perancangan Sumber Sarawak
Sehubungan itu, anda dijemput menghantar wartawan dan jurugambar/ jurukamera untuk hadir dan membuat liputan Majlis Sidang Media Promosi Kraf Aidilfitri 2014 tersebut.
SUMBER: Kraftangan Malaysia
UNTUK PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT:
Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793 / 03-2162 7533
Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak
Tel : 082-444 205
www.kraftangan.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|