|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 04/07/2014
KRAFTANGAN : MEMOHON HEBAHAN MEDIA WARNA-WARNI AIDILFITRI 2014
Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengadakan Warna-warni Aidilfitri 2014 pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 12 hingga 23 Julai 2014
Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Berkonsepkan "Warna-warni dalam kemeriahan sambutan Aidilfitri" penganjuran kali ke-10 sejak tahun 2003 akan menampilkan aktiviti Jualan Produk Kraf dan Perkhidmatan Aidilfitri melibatkan penyertaan seramai 300 usahawan. Turut diadakan aktiviti sokongan seperti berikut :
- Demonstrasi & Interaktif Kraf
- Irama Aidilfitri
- Solat Tarawih
- Bazar Ramadhan /Iftar Ramadhan Buffet
- Majlis Bacaan Yasin & Tahlil serta Ceramah Agama
- Pameran Produk Baru Kraf Aidilfitri & Warisan
- Tazkirah Mega
- Pertandingan Ketuk-ketuk Kuali
- Pertandingan Seni Kreatif Ilham Aidilfitri
- Car Boot Sales
- Uptown@craft
- Perkhidmatan Aidilfitri (Spa Kereta, Salon & Pelbagai Jahitan serta Sulaman)
Sehubungan itu, anda dijemput menghantar wartawan dan jurugambar/ jurukamera untuk hadir dan membuat liputan Warna-warni Aidilfitri 2014 ini.
SUMBER: Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Urus Setia Media Kraftangan Malaysia
03 – 2161 3793
-BERNAMA |
|
|
|
|
|