Januari 22, 2026 -Khamis

 
 
 

Selasa 08/07/2014

MAJLIS CABUTAN KEMPEN ‘DURIAN RUNTUH’ GANJARAN SETIA TUNAI (GST) DI PERNAMA

Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA), telah melancarkan Kempen ‘Durian Runtuh’ Ganjaran Setia Tunai (GST) pada 1 Januari 2014 bagi menghargai pelanggan setia PERNAMA yang berbelanja secara tunai. Kempen yang telah berakhir pada 30 Jun yang lalu menawarkan Ganjaran keseluruhan bernilai RM500,000.00.

Sehubungan dengan itu, satu Majlis Cabutan Kempen ‘Durian Runtuh’ Ganjaran Setia Tunai (GST) PERNAMA akan diadakan dan akan dihadiri oleh Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Haji Zainal (B), Pengerusi PERNAMA dan Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Sheikh Mohsein Sheikh Hassan.

Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 10 Julai 2014

Masa : 10.45 pagi

Tempat : Dewan Perwira Markas 3 Divisyen
Kem Terendak
76200 Melaka

Program:

10.45 pagi : Semua tetamu berkumpul*

10.55 pagi : Ketibaan Pegawai-Pegawai Kanan ATM

11.00 pagi : Ketibaan Pengerusi PERNAMA,
Y.Bhg Jen Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Hj Zainal (B) dan
Panglima 3 Divisyen,
Y.Bhg Mej Jen Dato’ Sheikh Mohsein bin Sheikh Hassan

11.10 pagi : Bacaan Doa

11.15 pagi : Ucapan Pengerusi PERNAMA Y.Bhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz bin Hj Zainal (B)

11.30 pagi : Cabutan Ganjaran Setia Tunai Durian Runtuh (GST)
12.15 tengahari : Y.Bhg Pengerusi PERNAMA dan
Y.Bhg Panglima 3 Divisyen meninggalkan majlis

12.20 tengahari : Majlis Tamat

*Para tetamu terdiri daripada Pegawai dan anggota ATM Kem Terendak dan kumpulan pengurusan PERNAMA.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir dan membuat liputan majlis ini.

SUMBER: Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : SHAHRINA MAISARAH JAFFAR
Pengurus, Perkhidmatan Pemasaran
Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA)
MOBILE: 0196664992
TEL : 03 3341 0572
FAKS : 03 3343 9243

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.