|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 09/07/2014
Kempen Kesedaran Pencegahan Rasuah Dan Pelancaran Kelab Pencegahan Rasuah & Prinsip Hidup (POLAC) Universiti UCSI
Universiti UCSI dengan kerjasama Pusat Kajian Penyelidikan UCSI (UCSI Poll Research Centre) akan menganjurkan Kempen Kesedaran Pencegahan Rasuah dan melancarkan Kelab Pencegahan Rasuah & Prinsip Hidup (POLAC) pada 10 Julai 2014. Kempen ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memberi pendedahan kepada para pelajar dan kakitangan Universiti UCSI serta orang ramai mengenai isu rasuah.
Majlis ini akan dihadiri oleh Yang Berhormat Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga akan menyampaikan ucapan dan merasmikan Kempen Kesedaran Pencegahan Rasuah dan Kelab Pencegahan Rasuah & Prinsip Hidup (POLAC) Universiti UCSI.
Hari/Tarikh: Khamis 10 Julai 2014
Masa: 1:00pm - 3:45pm
Tempat: Multi-purpose Hall, Tingkat 4, Blok A, Kampus Kuala Lumpur (South Wing).
(Alamat: No. 1, Jalan Menara Gading, UCSI Heights, Taman Connaught, Cheras 56000, Kuala Lumpur)
UCSI University.
Program:
10:00am – 1:00pm : Pameran Pencegahan Rasuah
Peserta:
- Transparency International
- Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)
- Malaysian Care
1:00pm – 2:00pm : FORUM: Rasuah dan Apa yang Boleh Kita Lakukan
Moderator:
Assoc Prof Dr Ngerng Miang Hong
Ketua Pegawai Eksekutif
Pusat Kajian Penyelidikan UCSI (UCSI Poll Research Centre)
Ahli-ahli Panel:
- Dato’ Hj Hisham Nordin, Pengarah Bahagian NKRA Membanteras Rasuah
- Dato’ Professor Dr Chin Yew Sin, Timbalan Ketua Setiausaha Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Huazong)
- Dr Loi Kheng Min, Setiausaha Agung, Transparency International, Malaysia.
2:00 – 2:30pm : Ketibaan & Lawatan Pameran
Yang Berhormat Senator Datuk Paul Low Seng Kuan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
2:30 – 2:35pm : Kata Aluan Pengerusi Majlis
2.35 – 2:40pm : Persembahan Video oleh Malaysian Care
2:40 – 2:50pm : Ucapan Aluan
Senior Professor Dato’ Dr Khalid Yusoff,
Naib Canselor & Presiden, Universiti UCSI
2:50 – 3:05pm : Ucapan Perasmian
Yang Berhormat Senator Datuk Paul Low Seng Kuan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
3:05pm – 3:10pm : Pelancaran Kelab Pelajar Universiti UCSI: Kelab Pencegahan Rasuah & Prinsip Hidup Principles of Life & Anti-Corruption Club (POLAC)
3:10pm – 3:15pm : Perasmian Kempen Kesedaran Pencegahan Rasuah
3:15 – 3:45pm : Sidang Media (Chancellery Room)
3:45pm : Jamuan Ringan
TAMAT
Seiring dengan kempen ini, satu forum bertajuk “Rasuah dan Apa yang Boleh Kita Lakukan” atau “Corruption and What We Can Do” juga akan diadakan sebelum majlis perasmian. Forum ini akan menampilkan ahli-ahli panel seperti Dato’ Hisham Nordin, Pengarah Bahagian NKRA Membanteras Rasuah, Profesor Dato’ Dr Chin Yew Sin, Timbalan Ketua Setiausaha Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Huazong) dan Dr Loi Kheng Min, Setiausaha Agung, Transparency International, Malaysia.
Forum ini juga akan mengumumkan keputusan tinjauan yang dijalankan kepada para pelajar oleh Pusat Kajian Penyelidikan UCSI untuk mengetahui persepsi mereka terhadap rasuah, melihat sejauh mana keyakinan mereka terhadap usaha kerajaan dalam memerangi rasuah dan jika mereka pernah mengalami situasi yang berkaitan dengan rasuah, antara lain.
Mengenai Universiti UCSI
Terbina bersulamkan kecemerlangan, keberanian, ketabahan dan integriti, Universiti UCSI – sebuah universiti Praxis ® - adalah sebuah institusi pengajian tinggi dengan kampus utama yang terletak di Kuala Lumpur dan mempunyai cawangan strategik di Pantai Timur, Terengganu Darul Iman dan Sarawak Bumi Kenyalang, negeri terbesar di Malaysia. Sebagai institusi utama kumpulan konglomerat UCSI, Universiti UCSI yang mula bertapak pada tahun 1986 kini mempunyai 7 fakulti, dua institut bebas dan sebuah pusat pendidikan Pra-Universiti dengan lebih 70 program dalam pelbagai bidang termasuk perubatan, farmasi, seni bina, sains komputer, seni budaya dan muzik. Mempunyai lebih 11,000 pelajar daripada lebih 80 negara antarabangsa pelbagai budaya, Universiti UCSI sangat komited dalam melahirkan graduan-graduan yang berkemahiran tinggi untuk berjaya di dalam kehidupan dan mempunyai keperibadian yang tinggi, bertanggungjawab, berkepimpinan dan berdisiplin. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Universiti UCSI di http://www.ucsiuniversity.edu.my.
SUMBER: UCSI University
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
UCSI Group
Hubungan Korporat
Tel : (03) 9101 8880
Nama: Muzira Abdul Rahman
Eksekutif
H/P : 013 277 7577
Samb: 3713
Emel: muzira@ucsigroup.com.my
Nama: Marina Tan
Eksekutif Kanan
H/P : 012 678 1902
Samb: 3712
Emel: marinatan@ucsigroup.com.my
Nama :Tan Shu Ying
Penulis
H/P : 017 238 9647
Samb: 3713
Emel: tansy@ucsigroup.com.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|