|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 10/07/2014
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA SKUAD ZAKAT PPZ-MAIWP DI ALPHA ANGLE, WANGSA MAJU
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) sekali lagi membawakan Skuad Mesra Pembayar Zakat bagi membuat hebahan untuk program Mesra @ Alpha Angle pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 15 Julai 2014 / 17 Ramadan 1435H
Masa : 1.00 petang hingga 2.00 petang
Tempat : Ruang Legar Aeon Alpha Angle, Wangsa Maju
Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi pemahaman berkenaan zakat kepada masyarakat. Ianya juga secara tidak langsung menyeru orang ramai menunaikan zakat di samping pengisian rohani sempena Ramadan. Program mesra @ Alpha Angle ini akan diisi dengan 2 slot iaitu Bual Bicara Zakat yang menampilkan Man Raja Lawak dan Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman,selebriti dakwah TV/Pegawai Zakat PPZ-MAIWP dan Bual Bicara Ramadan yang akan dibicarakan oleh Ustaz Mad Cina, Ali XPDC dan Ustaz Ahmad Tarmizi. Turut hadir adalah Pengurus Besar Operasi PPZ-MAIWP, Encik Mohammed Hassan.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Haliza Abd Rahman
Pegawai Kanan Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Mobil : 012-5003547
Tel : +60 (0)3 92895757
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|