|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 11/07/2014
MAJLIS SIDANG MEDIA WARNA-WARNI AIDILFITRI PERINGKAT NEGERI SABAH 2014
Adalah dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengadakan Warna-Warni Aidilfitri Peringkat Negeri Sabah 2014 mulai 11 - 23 Julai 2014, dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu.
Promosi Kraf ini mengetengahkan kepelbagaian penggunaan produk kraf tempatan dalam persiapan menyambut Aidilfitri dengan menampilkan aktiviti menarik seperti jualan produk kraf dalam pelbagai bidang, pendidikan kraf (bercorak pendidikan ‘Do It Yourself’), demonstrasi kraf dan persembahan kesenian.
Sehubungan itu, satu Majlis Sidang Media mengenai promosi ini akan diadakan pada tarikh seperti berikut:
Hari/Tarikh : Isnin 14 Julai 2014
Masa : 3.00 petang
Tempat : Centre Artrium 1Borneo, Kota Kinabalu
Bersama : Yang Berhormat Datuk Kamarlin Ombi
DUN Lumadan
PROGRAM:
5.45 petang : Ketibaan Rakan Media
Ketibaan Dif-dif Jemputan
6.00 petang : Ketibaan
YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
*(Ketibaan YB Menteri di Lobi Bangunan Seri Anjung)
- Lawatan ke Pameran & Jualan
6.45 petang : Majlis Sidang Media
7.30 malam : Berbuka Puasa / Jamuan
8.15 malam : Bersurai
Pengesahan kehadiran melalui Bahagian Komunikasi Korporat di talian :
Tel : 03-2161 3793
Faks : 03-2161 3773
E-mel : habsah@kraftangan.gov.my
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793 / 03-2162 7533
Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah
Tel : 088-433 461
www.kraftangan.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|