Januari 22, 2026 -Khamis

 
 
 

Isnin 14/07/2014



KEMPEN ZAKAT DI BAZAR RAMADAN PUTRAJAYA BERSAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PPZ-MAIWP

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) akan turun padang bagi membuat hebahan untuk program Mesra @ Bazar Ramadan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 17 Julai 2014 / 19 Ramadan 1435H

Masa : 5.30 petang hingga 7.00 malam

Tempat : Tapak Bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya

Objektif program ini diadakan adalah bagi membuat hebahan zakat khasnya zakat perniagaan kepada para peniaga dan hebahan zakat harta kepada para pengunjung bazar Ramadan Putrajaya. Ianya juga bagi memudahkan para peniaga dan pengunjung membuat pembayaran zakat terus melalui Van Bergerak PPZ-MAIWP. Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Mohd Rais Hj Alias.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Haliza Abd Rahman
Pegawai Kanan Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Mobile : 012-5003547
Tel : +60 (0)3 92895757

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.