Januari 22, 2026 -Khamis

 
 
 

Isnin 14/07/2014

LIPUTAN MAJLIS RAMAH MESRA RAMADAN AL-MUBARAK 1435H BERSAMA 5 ORGANISASI

Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Ramah Mesra Ramadan Al-Mubarak 1435H yang julung-julung kali diadakan bersama 5 organisasi di Wilayah Persekutuan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 19 Julai 2014 / 21 Ramadan 1435H

Masa : 5.45 petang hingga 9.30 malam

Tempat : Casa Heliconia, D’Saji Restaurant & Cafe, Jalan
Maktab Enam, Off Jalan Perumahan Gurney, Kuala Lumpur

Objektif majlis ramah mesra ini diadakan adalah untuk membina jaringan sosial dan kolaborasi strategik antara PPZ-MAIWP dan organisasi-organisasi yang dijemput sekaligus memberi pendedahan tentang zakat perniagaan khasnya dan zakat harta amnya bagi menarik wakil-wakil organisasi untuk menunaikan zakat. Organisasi-organisasi yang terlibat dalam majlis ini adalah Persatuan Pengusaha Muslim Malaysia (PRESMA), Dewan Ekonomi & Sosial Muslim Malaysia (DESMMA), Persatuan Persekutuan India Muslim Malaysia (PERMIM), Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) dan Pengurup-Pengurup Wang di Wilayah Persekutuan. Turut hadir adalah Datuk Haji Che Mat Che Ali, Pengerusi PPZ-MAIWP.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Ramah Mesra Ramadan Al-Mubarak 1435H tersebut.

SUMBER : Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Haliza Abd Rahman
Pegawai Kanan Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Mobile : 012-5003547
Tel : +60 (0)3 92895757

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.