|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 16/07/2014
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM, MAAHAD TAHFIZ & GELANDANGAN DI MASJID JAMEK, KUALA LUMPUR
Bank Muamalat Malaysia Berhad akan mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama Anak-anak Yatim, Maahad Tahfiz serta golongan kurang bernasib baik (gelandangan) di Masjid Jamek, Kuala Lumpur.
Pihak Bank juga akan memberi sumbangan berupa baucer pakaian dan duit raya kepada Maahad Tahfiz Mawaddah, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Baitul Saidati Khadijah serta golongan kurang bernasib baik. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Zulhasnan Bin Rafique, Mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Munir Abdul Majid, Pengerusi Bank Muamalat, Y.Bhg. Dato’ Hj. Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Ahli Pengurusan Kanan dan kakitangan Bank Muamalat.
Majlis ini diadakan bagi memupuk dan mengeratkan perasaan kasih sayang (ukhuwah), tali persaudaraan sesama muslim dan keperihatinan di antara kakitangan Bank Muamalat dengan insan-insan yang kurang bernasib baik.
Majlis tersebut akan di adakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Jumaat 18 Julai 2014
Masa : 6.00 petang
Tempat : Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur
PROGRAM:
6:20 petang : Ketibaan Tetamu & Penerima Sumbangan
6:30 petang : Ketibaan Y.Bhg Dato' Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid,
(Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Muamalat Malaysia Berhad)
6:45 petang : Ketibaan Y.Bhg Tan Sri Dato' Dr. Mohd Munir Abdul Majid,
(Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad)
Ketibaan Y.B Tan Sri Dato' Sri Zulhasnan Rafique,
(Mantan Menteri Wilayah Persekutuan)
6:50 petang : Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Hafiz Fauzi,
(Ketua Jabatan Syariah, Bank Muamalat Malaysia Berhad)
7:00 malam : Upacara Penyampaian Sumbangan kepada:
- Rumah Anak-anak Yatim/Rumah Perlindungan
- Maahad Tahfiz
- Insan-Insan kurang bernasib baik
7:30 malam : Buka Puasa / Solat Maghrib (Azan Maghrib)
8:45 malam : Solat Isya' dan Terawih
9:30 malam : Moreh
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Bank Muamalat Malaysia Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
TEL : 03-2059 1345
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|