|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 17/07/2014
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN 15 SYARIKAT BERNILAI RM 14 JUTA
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan 2014 pada :
Hari/Tarikh : Selasa 22 Julai 2014 / 24 Ramadan 1435H
Masa : 3.30 petang hingga 4.30 petang
Tempat : Tingkat 1, Dewan Seminar MAIWP, Bangunan Perkim, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Majlis penyerahan ini akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP, Y.B. Mej. Jen. Dato' Seri Haji Jamil Khir Haji Baharom (B). Turut sama hadir dalam majlis ini, Pengerusi PPZ- MAIWP, Datuk Haji Che Mat Che Ali dan wakil-wakil korporat bagi 15 syarikat yang bakal menyerahkan zakat perniagaan mereka.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Haliza Abd Rahman
Pegawai Kanan Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Mobile : 012-5003547
Tel : +60 (0)3 92895757
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|