|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 21/07/2014
JEMPUTAN MEDIA KE MAJLIS PENYERAHAN BAHAN AMERICAN SHELF SUMBANGAN LINCOLN RESOURCE CENTER, KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT DI PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia menerusi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia akan mengadakan Majlis Penyerahan Bahan American Shelf yang akan disempurnakan oleh Ms. Bonnie S. Gutman, Counselor for Public Affairs, Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Malaysia pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 22 Julai 2014
Masa : 10.30 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Bilik Serbaguna Aras 1,
Bangunan Anjung Bestari
Perpustakaan Negara Malaysia
ATURCARA
10.30 pagi : Ketibaan tetamu
11.00 pagi : Ketibaan Ms. Bonnie S.Gutman
Counselor For Public Affairs, Kedutaan Besar Amerika di Malaysia
11.05 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku
11.15 pagi : Persembahan Tarian oleh
Kanak-Kanak Tadika Sri Ceria, Subang
11.20 pagi : Bacaan Doa
11.25 pagi : Ucapan aluan oleh YBhg. Dato’ Raslin bin Abu Bakar
11.35 pagi : Ucapan oleh
Ms. Bonnie S. Gutman,
Counselor for Public Affairs Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Malaysia
11.50 pagi : Penyerahan Sumbangan Bahan Bacaan American Shelf oleh Counselor For Public Affairs, Kedutaan Besar Amerika Syarikat kepada Perpustakaan Negara Malaysia
12.00 tengahari : Bersurai
Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Malaysia melalui Lincoln Resource Center berhasrat untuk memberi sumbangan kepada PNM bahan yang dikategorikan sebagai American Shelf. Bahan bacaan ini terdiri dari beberapa judul yang melambangkan Amerika Syarikat, masyarakat politik dan budayanya serta peranannya dalam hal ehwal antarabangsa. Pengarangnya terdiri dari pemikir-pemikir yang menyumbang dalam pelbagai topik dari sejarah ke politik, pengajaran dalam Bahasa Inggeris, pendidkan, kreativiti, inovasi, serta sains dan teknologi. Buku-buku yang akan disumbangkan berjumlah 150 judul.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Perpustakaan Negara Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: NORHAIZUM SAHRIL
Tel: 03 - 2687 1916
Mobil: 012-3824425
Emel: norhaizum@pnm.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|