Januari 22, 2026 -Khamis

 
 
 

Jumaat 25/07/2014

LIPUTAN ISTIADAT PERBARISAN DIRAJA PEGAWAI KADET PALAPES IPTA KE-33

Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dilantik secara rasmi selaku tuan rumah Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES IPTA Ke-33 pada tahun 2014 oleh Markas Latihan Tentera Darat yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 23 Ogos 2014

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Padang Kawad, Kampus Sultan Azlan Shah,
Proton City, Tanjong Malim, Perak

Program:

1100 pagi : Para Ibu bapa Mengambil Tempat
1110 pagi : Pegawai-Pegawai Muda Mengambil Tempat
: Ketibaan Dif-Dif Kehormat dan Jemputan
1130 pagi : Keberangkatan Tiba DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri Perak
: Lagu Negaraku
: Pengurniaan Watikah PALAPES Darat
: Pengurniaan Watikah PALAPES Laut
: Pengurniaan Watikah PALAPES Udara
: Bacaan Ikrar Taat Setia
: Penyerahan Skrol Kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak
: Bacaan Doa
1330 ptg : Lagu Negaraku
1335 ptg : Keberangkatan Tiba DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri Perak ke Bilik Rehat Diraja
: Keberangkatan Jemputan Diraja/VVIP
: Panglima Angkatan Tentera Diiringi Oleh Panglima
Perkhidmatan Meninggalkan Majlis
: Penyampaian Hadiah Detasmen Perbarisan Terbaik

Seramai 1583 Pegawai Kadet dari Perkhidmatan Darat, Laut dan Udara akan menerima Watikah Tauliah yang melibatkan 18 IPTA dan 1 IPTS seluruh Malaysia. DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK dan DYMM RAJA PEMAISURI PERAK telah dijemput hadir untuk berangkat mencemar duli bagi menyempurnakan upacara Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja, Istiadat Pengurniaan Watikah, Istiadat Sembah Kenal dan Majlis Santapan Diraja.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan majlis ini.

SUMBER : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En. Ghazali Din
Tel : 019 2792143

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.